Rabu, 16 November 2016

SAMBAL TOTOK

SAMBAL TOTOK JAWA

Bahan-Bahannya:

-Segenggam ikan bilis
-10-15 biji cili padi kampung
-3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
-1 biji bawang merah - dihiris
-3 ulas bawang putih - dihiris
-Minyak untuk menggoreng
-Garam & sedikit gula
-Limau kasturi -ikut suka

Cara-caranya:

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.Goreng seketika bawang merah dan putih , angkat dan toskan.

Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.

Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

*** kalo tak nak letak limau kasturi pun tak pe..hihi

Rabu, 9 November 2016

SATAY TEMPE PEDAS MANIS

Satay tempe pedas manis

500g tempeh
5 sudu besar kicap lemak manis
Lidi satay secukupnya

Bahan rempah ratus:
150g kacang tanah digoreng di kisar
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
3 biji bawqng putih
3 biji cili padi merah
4 sudu besar gula merah tumbuk

Cara

1. Campurkan semua bahan rempah diatas dengan kicap manis

2. Gaulkan tempeh. Perap 20 minit.

3. Cucuk tempeh seperti satay

4. Bakar dgn api perlahan hingga masak

5. Boleh dimakan dengan kuah yg lebih sedap..

Selasa, 1 November 2016

TEPUNG TALAM. BERAS

Kuih Tepung Talam Beras Istimewa Oleh: Azie Kitchen (Dalam 10 orang makan) Bahan Lapisan Bawah: 1 cawan tepung beras & tepung gandum (Masukkan 3 sb penuh tepung gandum ke dalam cawan dan penuhkan selebihnya dengan tepung beras) 2 cawan air gula - seperti di bawah Secalit kapur Bahan Air Gula: 158 gram gula merah - 4 ketul gula merah saiz kecil 3 sudu besar gula putih 2 cawan air 1 helai daun pandan Bahan Lapisan Atas: 1 1/2 cawan santan - guna 1 kotak santan dicampur dgn air 1/3 cawan tepung beras -

KUIH KOCI PULUT HITAM

Kuih Koci Pulut Hitam 2 cawan tpg pulut 2 sudu beras pulut hitam dikisar halus dan di ayak... sedikit garam 1 cawan air (masukkan sikit2 shingga doh tak lekat tangan) Cara Menyediakannya Tpg pulut dan beras pulut hitam serta garam di aduk sebati kemudian curah air sedikit demi sedikit..doh tak lekat kat tangan Inti kelapa manis 1 biji kelapa parut 1 ketul gula melaka 3/4 cwn gula pasir 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air daun pandan disimpul Caranya Masak gula melaka, 3/4 cawan gula

KUIH JONGKONG/ tepung pelita

Kue Jongkong / Tepung Pelita Lapisan Hijau: 1/2 cawan tepung beras Secubit kapur makan 2 cawan air daun pandan Cara cara: Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas d

APAM BEGAWAN SOLO

Apam Begawan Solo Bahan Inti : 130 gram gula merah 30 gram gula pasir 125 ml air 2 helai daun pandan 300 gram kelapa parut putih 1 sb tepung gandum 1/4 sk garam Caranya : 1. Masakkan gula merah, gula pasir, air dan dayn.pandan sehingga mendidih. 2. Masukkan kelapa parut dan garam, kacau sebati. 3. Apabila hampir kering masukkan tepung gandum, kacau sebentar, angkat dan sejukkan. Bahan Apam : *500 gram tepung gandum *2 st instant yis *180 gram gula pasir *250 ml susu cair *600 ml air *1/8 st garam pewa

AGAR2 KERING

Agar Agar Kering Oleh: Azie Kitchen Bahan-bahan: 60 gm agar-agar bertali 1300 ml air 150 gm gula batu - diketuk halus 1200 gm gula pasir Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning) Cara-cara: Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur. Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata. masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagi

KOCI LABU CUP

Koci Labu Cup Untuk Intinya 1/2 biji kelapa inti (diparut) 2 -3 keping gula melaka Gula pasir 2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa) 1 sudu besar tepung gandum Cara-cara: Masak gula melaka dengan air kelapa hingga gula hancur. Masukkan simpulan daun pandan. Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit. Masukkan gula pasir jika masih kurang manis. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak

PAI LABU

Pai Labu Untuk Crustnya saya mengguna resipi dari sini - http://pagingsupermom.com/2013/11/how-make-pie-crust/ Untuk Fillingnya saya guna resipi Chef Wan, cukup lemak 2 cawan puri labu (labu yang direbus dan dilecek halus) 1/2 cawan gula halus 1/2 cawanmadu 1 1/2 cawan susu cair 1/2 cawan susu pekat 2 biji telur 1 1/ 2 sdt serbuk kayu manis 1/2 sdt serbuk halia 1/2 sdt serbuk cengkih Panaskan oven pada suhu 220 C Campurkan semua bahan dan tuang ke dalam tarts Bakar selama 10 minit Rendahkan suhu da

PUTERI AYU PANDAN

Puteri Ayu Pandan Bahan-Bahan 1 biji telur gred A 80 gram gula halus 80 ml pati santan 1/2 sk pes pandan 1/2 sk ovallete 90 gram tepung gandum* 1/2 sb tepung ubi* (*disatu dan diayak) Gaul rata: 1 cawan kelapa parut 1 sb tepung jagung 1/4 sk garam halus Cara cara: Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan. Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes padan da

Topping daging untuk talam berlauk

Lauk 200 gram daging/ayam - dikisar 2 labu bawang besar- racik halus 1'halia ditumbuk bersama bawang putih 3 ulas/biji bawang putih 1 paket kecilrempah kari 2 tangkai daun kari garam gula dan perasa secukupnya sedikit minyak utk menumis Cara cara 1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu 2. Kemudian masukkan rempah kari yang digaul bersama halia dan bawang putih Masukkan juga daun kari 3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging /ayam masukkan air secukupnya hingga daging /

Update kelas nov 2016

ASsalamualaikum. Dibawah ni saya updatekan kelas2 kelolaan saya. Yg berminat saja wasup saya 0192515536. Discount hanya untuk ex studen saya.

KELAS MASAKAN  HAJAH MARIAM
●●●●●●●●●●●●●●●●
4HB NOV -JUMAAT
Kelas Putu Mayam dan Cendol DIY
YURAN : RM 130

8HB NOV -SELASA
Kelas Nasi Arab Mandy
*nasi mandy.ayam pangang mandy.kambing pangang mandy. Sos n salad. Bonus Roti Syria.
YURAN : RM230

11HB NOV -JUMAAT
Kelas aneka kuih bakar dan aneka nona manis.
* 4 jenis kuih bakar dan nona pandan. Nona jagung dan nona kacang merah.
YURAN : RM 200

12HB NOV - SABTU
Kelas Nasi Beriani Johor
*Nasi beriani johor. Daging Beriani. Ayam merah meletop. Acar buah. Daging dendeng.
YURAN RM 360

16HB NOV - RABU
Kelas Aneka puding n agar2 dalam cawan
YURAN : RM100

19HB NOV- SABTU
Gulai kawah
*nasi kukus. Gulai kawah. Sambal pedas nasi kukus. Ayam goreng berempah.
YURAN: RM200

20HB NOV - AHAD
Kelas Aneka Roti Bun
YURAN: RM 150

24HB NOV - KHAMIS
Kelas Nasib Arab Kabsa
* nasi kabsa. Ayam pangang kabsa. Ayam tanam kabsa. Kambing kabsa.BONUS Puding Johor
YURAN: RM230

26HB NOV - SABTU
Kelas Putu Mayam dan Cendol DIY
YURAN : RM130

27HB NOV - AHAD
Kelas nasi Beriani Johor
*Nasi beriani johor. Daging Beriani. Ayam merah meletop. Acar buah. Daging dendeng.
YURAN : RM 360

30HB NOV - RABU
Kelas Pelbagai  kuih kukus dalam bekas
YURAN : RM 150