Khamis, 17 April 2014

Apam balik

BAHAN-BAHAN: 500 gm tepung gandum 125 ml gula 1/2 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh pewarna kuning 1 biji telur 375 ml air 1/2 sudu teh serbuk penaik Sedikit mentega BAHAN TABUR: 250 gm kacang tanah | dikisar 250 gm isi jagung 250 gm gula CARA MEMASAK: 1. Pukul gula bersama telur hingga kembang. 2. Masukkan soda bikarbonat, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati. 3. Masukkan tepung dan pukul lagi supaya tidak bergentel. 4. Sapu bekas acuan dengan sedikit mentega. Ambil satu senduk adunan tadi dan tuangkan ke dalam acuan apam. Tutup acuan sebentar. 5. Apabila setengah masak, taburkan satu sudu teh kacang tanah, satu sudu teh isi jagung dan satu sudu teh gula. Masaklah hingga kekuningan. Angkat dan lipat setelah masak elok dan potong ikut suka. Ulang sampai habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan