Isnin, 28 April 2014

ROTI PANDAN kukus

Bahan-bahan

( loyang 8x4 inc. )
1/2 buku roti perancis - dihiris (atau 10 keping roti putih)
1/2 cawan gula pasir*
3 biji telur*
200 ml santan pekat dicampur air menjadi 2 cawan santan
* 5-7 helai daun pandan dikisar bersama 1 cawan air* - ditapis atau
2 sk pandan pes dicampur 1 cawan air

Cara-cara

:Loyang disapu majerin sekeliling.Satukan bahan2 bertanda* di dalam mangkuk.Kacau sebati.Celupkan roti sekeping2 dan susun di dalam loyang yg telah disediakan hingga roti habis.Siram lebihan campuran santan di atas roti rata2.Perapkan sebentar sementara memanaskan kukusan. Kukus selama 1/2 jam atau sehingga kelihatan permukaan puding kering. Biar puding sejuk di dalam loyang. Potong dan boleh dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan