Isnin, 28 April 2014

APAM NASI

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir (cm kurangkan 1 camca besar)
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras*
1 cawan tepung gandum*(*gaul dan ayak)
1 camca teh instant yeast (mauripan) Pewarna makanan pilihan anda (cm guna kuning, hijau, merah)
Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata

CARA MEMBUATNYA :-) Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Bungkus mangkuk dengan plastik dan perap 3 jam. Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata (cm bagi 4 bahagian, 1 biar warna asal yang lain di tambah dengan hijau, kuning dan merah). Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap. Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning'). Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut (anda boleh kukus sekejap kelapa parut tadi untuk tahan lebih lama).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan