Rabu, 26 Oktober 2016

SUNQUICK COTTON CAKE

Resepi ini telah diambil dari fb Insan Terluka

Ini kali yg ke 40 saya buat sunquict cotton kek... kat luar sepotong dah Rm 6... buat sendiri bahan x sampai 10 ringgit puas hati sgt makan sampai muak... huhu

Resepi saya sertakan skali
Bahan2...
5 biji putih telur
5 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1 sudu makan cream of tartar/cuka makan
1 cwan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
5 sudu makan butter
2 sudu makan susu pekat
1/4 cawan air/susu cair( x payah tmbah air)
2 sudu besar sunquit
1 sudu makan esen vanila

cara-caranya:-

Ok mula2 cairkan butter,susu pekat dan air menggunakan kaedah double boil.. saya guna susu pekat tu sbb susu cair x de..
Bila dah cair biarkan suam.. dah suam letak esen vanila dan kuning telur satu persatu... masukn pula tepung dan bkg powder yg dah ayak gaul sebati last skali masukan sunquict..kacau dengan wisk je biarkan dulu...
Step ke2 mix putih telur sampai kembang masuk gula sedikit demi sedikit dah gebu masuk cream of tartar mix lg sampai bertanduk. Bila di terbalikan ianya x akan jatuh...
Campurkan semua bahan kaup balik je..
Then sapu loyang dengan butter/minyak/kertas minyak
Hempap sikit bg angin keluar dan bakar kek menggunakan kaedah steam bath untuk oven bawah 100 liter dengan suhu 150 darjah 45 minit.. oven 100 L dlm suhu 160 darjah 55 minit..
Api atas bawah ye

==================
Anda diserang penyakit Asma/Semput/Lelah ??? Ingin mencari penawar yang sangat mujarab?Boleh dapatkan disini -> Penawar Asma,Batuk,Semput Dan Lelah Mujarab

Sila like sekarang untuk mendapatkan lagi info lanjut dan testimoni pengguna yang sangat berpuas hati dengan kemujaraban penawar tradisional ini
===================

Nak lagi resepi? like je Sedapnya Resepi Ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan