Rabu, 16 November 2016

SAMBAL TOTOK

SAMBAL TOTOK JAWA

Bahan-Bahannya:

-Segenggam ikan bilis
-10-15 biji cili padi kampung
-3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
-1 biji bawang merah - dihiris
-3 ulas bawang putih - dihiris
-Minyak untuk menggoreng
-Garam & sedikit gula
-Limau kasturi -ikut suka

Cara-caranya:

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.Goreng seketika bawang merah dan putih , angkat dan toskan.

Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.

Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

*** kalo tak nak letak limau kasturi pun tak pe..hihi

Rabu, 9 November 2016

SATAY TEMPE PEDAS MANIS

Satay tempe pedas manis

500g tempeh
5 sudu besar kicap lemak manis
Lidi satay secukupnya

Bahan rempah ratus:
150g kacang tanah digoreng di kisar
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
3 biji bawqng putih
3 biji cili padi merah
4 sudu besar gula merah tumbuk

Cara

1. Campurkan semua bahan rempah diatas dengan kicap manis

2. Gaulkan tempeh. Perap 20 minit.

3. Cucuk tempeh seperti satay

4. Bakar dgn api perlahan hingga masak

5. Boleh dimakan dengan kuah yg lebih sedap..

Selasa, 1 November 2016

TEPUNG TALAM. BERAS

Kuih Tepung Talam Beras Istimewa Oleh: Azie Kitchen (Dalam 10 orang makan) Bahan Lapisan Bawah: 1 cawan tepung beras & tepung gandum (Masukkan 3 sb penuh tepung gandum ke dalam cawan dan penuhkan selebihnya dengan tepung beras) 2 cawan air gula - seperti di bawah Secalit kapur Bahan Air Gula: 158 gram gula merah - 4 ketul gula merah saiz kecil 3 sudu besar gula putih 2 cawan air 1 helai daun pandan Bahan Lapisan Atas: 1 1/2 cawan santan - guna 1 kotak santan dicampur dgn air 1/3 cawan tepung beras -

KUIH KOCI PULUT HITAM

Kuih Koci Pulut Hitam 2 cawan tpg pulut 2 sudu beras pulut hitam dikisar halus dan di ayak... sedikit garam 1 cawan air (masukkan sikit2 shingga doh tak lekat tangan) Cara Menyediakannya Tpg pulut dan beras pulut hitam serta garam di aduk sebati kemudian curah air sedikit demi sedikit..doh tak lekat kat tangan Inti kelapa manis 1 biji kelapa parut 1 ketul gula melaka 3/4 cwn gula pasir 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air daun pandan disimpul Caranya Masak gula melaka, 3/4 cawan gula

KUIH JONGKONG/ tepung pelita

Kue Jongkong / Tepung Pelita Lapisan Hijau: 1/2 cawan tepung beras Secubit kapur makan 2 cawan air daun pandan Cara cara: Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas d

APAM BEGAWAN SOLO

Apam Begawan Solo Bahan Inti : 130 gram gula merah 30 gram gula pasir 125 ml air 2 helai daun pandan 300 gram kelapa parut putih 1 sb tepung gandum 1/4 sk garam Caranya : 1. Masakkan gula merah, gula pasir, air dan dayn.pandan sehingga mendidih. 2. Masukkan kelapa parut dan garam, kacau sebati. 3. Apabila hampir kering masukkan tepung gandum, kacau sebentar, angkat dan sejukkan. Bahan Apam : *500 gram tepung gandum *2 st instant yis *180 gram gula pasir *250 ml susu cair *600 ml air *1/8 st garam pewa

AGAR2 KERING

Agar Agar Kering Oleh: Azie Kitchen Bahan-bahan: 60 gm agar-agar bertali 1300 ml air 150 gm gula batu - diketuk halus 1200 gm gula pasir Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning) Cara-cara: Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur. Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata. masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagi