Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Khamis, 17 April 2014
Apam balik
BAHAN-BAHAN:
500 gm tepung gandum
125 ml gula
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh pewarna kuning
1 biji telur
375 ml air
1/2 sudu teh serbuk penaik
Sedikit mentega
BAHAN TABUR:
250 gm kacang tanah | dikisar
250 gm isi jagung
250 gm gula
CARA MEMASAK:
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang.
2. Masukkan soda bikarbonat, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan pukul lagi supaya tidak bergentel.
4. Sapu bekas acuan dengan sedikit mentega. Ambil satu senduk adunan tadi dan tuangkan ke dalam acuan apam. Tutup acuan sebentar.
5. Apabila setengah masak, taburkan satu sudu teh kacang tanah, satu sudu teh isi jagung dan satu sudu teh gula. Masaklah hingga kekuningan. Angkat dan lipat setelah masak elok dan potong ikut suka. Ulang sampai habis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan