Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Khamis, 17 April 2014
ROTI BALAK
BAHAN-BAHAN:
10 keping roti gardenia
3 batang sosej | dicincang halus
5 biji telur
100 gm sayur kubis | dihiris nipis
100 gm lobak merah | dihiris nipis
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 biji bawang besar | dihiris halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga naik baunya.
2. Masukkan sosej cincang dan kacau rata.
3. Masukkan telur dan gaul sebati.
4. Masukkan hirisan lobak merah dan kacau rata.
5. Masukkan pula hirisan kubis dan taburkan lada sulah. Gaul lagi.
6. Ambil roti dan gelekkan dengan penggelek sehingga leper.
7. Masukkan inti dan gulung dengan kemas.
8. Ikatkan dengan benang hingga kemas dan goreng hingga garing. Sedia untuk dihidangkan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan