Khamis, 17 April 2014

NASI LUBIA IRAN

3 cawan beras yang di basuh dan direndam air garam selama ½ jam (tips ini adalah untuk mengelak nasi dari melekat)
1 ikat kacang buncis yang dipotong
1 sentimeter 1 labu bawang besar yang dihiris halus
250gm daging yang dipotong dadu kecil
1 tin besar tomato paste cair /
½ tin besar tomato puree pekat
2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 cawan air garam,
serbuk kunyit dan pepper secukup rasa

Cara:
1.Sementara beras direndam, goreng kacang boncis yang telah dipotong didalam minyak secukupnya sehingga kekuningan, diangkat dan diketepikan.
Kurangkan minyak kepada 4 sudu besar dan goreng bawang besar sehingga layu dan kekuningan.(kecilkan api untuk bawang yang layu dan bukan hangus) Setelah layu masukkan daging dan digaul sehingga sebati diatas api yang sederhana dan goreng hingga air dagingnya kering. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan gaul kemudian masukkan tomato paste dan goreng sehingga naik minyak. Setelah naik minyak, masukkan air dan rebus daging hingga empuk diatas api sederhana dan ditudung periuk agar daging mudah masak. Sehingga daging belum masak, tambahkan airnya dan masak sehingga airnya kembali pekat seperti tomato paste. Masukkan kacang panjang, garam dan serbuk kulit kayu manis. Tutup api , ketepikan dan mula memasak nasi. Cara memasak nasi: Didihkan air 3/4 periuk dan masukkan beras yang telah ditos. Masukkan 5 sudu kecil garam dan masukkan beras dan masak sehingga SEPARUH MASAK sahaja. Diangkat dan ditos airnya dibuang. kosongkan periuk dan masukan beberapa sudu sos kacang boncis tadi didalam periuk kemudian masukkan nasi separuh masak sebanyak satu atau dua senduk, dilapik dengan sos dan nasi dan sos dan nasi sehingga kedua-dua nasi dan sos kehabisan. Periuk ditutup dengan kain dan kemudian dengan penutupnya dengan ketat. (tips meletak kain adalah untuk mengelak nasi menjadi lembik disebabkan air wap yang jatuh semula kedalam periuk), besarkan api untuk 5 minit kemudian baru kecilkan api keparas paling kecil. Nasi sudah masak apabila satu rumah berbau nasi yang sungguh sedap dan sudah sedia dimakan. Cadangan Hidangan: Sedap dimakan bersama salad dan Yogurt asli. Tambahan: Resepi ini sebenarnya sangat mudah jika sudah biasa memasaknya. Kalau tetamu datang, tidak payah memasak berbagai jenis. Nasi ini sudah tidak akan mengecewakan mana-mana tetamu. Jika anda berminat dengan masakn Iran, silalah bertanya pada saya di email saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan