Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Khamis, 17 April 2014
Kuih Peneram
BAHAN2NYA
1 kampit tepung beras cap 3 gajah (jgn guna yg gambar 1 gajah tu..)
1 gelas penuh gula pasir )
600 gm gula merah ) dimasak dgn daun pandan
1 gelas air )
Sedikit tepung gandum
Secubit garam ( ini saya pandai2 tambah )
CARA MEMBUATNYA
Gula merah dan gula pasir dicampurkan segelas air, secubit garam & daun pandan dimasak hingga hancur gulanya. Ditapis.
Dah sejuk, masukkkan sekampit tepung beras dan gaulkan perlahan-lahan hingga sebati. Agak-agak kalau masih lembik adunannya masukkan sesudu demi sesudu tepung gandum dan stop bila adunan dah tak melekit dan boleh dibentuk. Dicanai dan bentukkan bulat.
Ambil adunan bulat tu dan letakkan dalam piring yg telah diisi minyak masak. Dalam keadaan terendam dgn minyak gunakan jari dan lubangkan bahagian tengahnya.
Panaskan minyak. Bab menggoreng ni kena jaga sebab kalau minyak tak cukup panas dia tak jadi cantik & kalau terlalu panas pun tak menjadi. Kuih ni memang banyak songeh..
Buatlah sampai adunan habis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan