APAM MENTEGA by KakFiza MyR
(A) Bahan2 utk gula hangus:-
11/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega
(B)
1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum
ayak besama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
cara buat gula hangus:
masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
perap selama 1/2 jam.
panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan