Anika Muffin
Bahan-Bahan:
400 gm tepung gandum
350 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
200 ml air suam
250 gm gula pasir
30 gm serbuk penaik
20 gm tepung jagung
20 gm susu tepung
3 biji telur
Bahan perisa: Coffee Emulco Keladi Pisang Blackcurrent
Cara:
1.Satukan minyak jagung, gula, air suam, susu tepung, tepung jagung, telur ke dalam mangkuk adunan.
2.Kacau adunan ini selama 5 minit atau sehingga rata semuanya dan tidak bergentel.
3.Masukkan tepung high protin yang telah diayak bersama serbuk penaik, kacau hingga rata.
4.Asingkan adunan kepada tiga bahagian dan tiap-tiap bahagian bolihlah di bubuh perisa coffee, keladi dan esen pisang. Sediakan mangkuk kertas mengikut ukuran yang disukai diletakkan didalam acuan berlubang khas untuk membuat muffin atau kek cawan. Bakarlah hingga kekuningan.
Cadangan Hidangan: Muffin ini bolih ditambah dengan perbagai perisa dan hiaslah atasnya mengikut kretiviti masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan