Khamis, 22 Mei 2014

KUIH SIPUT

Kuih Siput

Sumber ; Syahmi@MYR Olehan ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana ) 5 cawan tepung gandum
1 biji telur 50gm margerine - letak 70 gm utk lebih rangup (potong kecil2) 1 1/2s.kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk udang kering - atau 1 kiub ayam
1 sudu kecil garam (ikut rasa) Sedikit serbuk perasa (optional)
3 sudu besar cili boh/serbuk cili- ganti
2 1/2 sb serbuk kari
Daun bawang /daun sup (dihiris )- x letak tp goreng dg daun kari
+- 250 ml Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara
Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya. Uli dengan santan hingga menjadi doh. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing. nota MYR; kalau nak rangup lebihkan margerine.santan tu lebih kurang 250ml...tp jgn tuang semua sekali.tuang sambil uli hingga jadi doh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan