Selasa, 13 Mei 2014

CHURROUS

Bahan-bahan ( 12 biji )

1/4 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/4 cawan shortening
1 cawan air
1 cawan tepung gandum yg telah diayak (115gm)
3 biji telur
1 sudu kecil vanilla esen
Minyak untuk mengoreng

Frosting: gula, chocolate, cinnamon... ikut citarasa.

Cara-cara:
Panaskan air dalam periuk kecil, masukkan gula, garam dan shortening.

Bila air dah masak, masukkan tepung dan kacau sehingga tepung dah masak dan jadi doh.

Angkat periuk dari dapur, biar suam2 untuk 5 minit. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat sehingga sebati.
(Boleh rujuk Cream Puff resepi untuk cara-cara bergambar)
Masukkan doh ke dalam piping bag. Guna tube bintang (nozzle), pipe kan doh (buat bentuk bulat) ke atas potato masher yg dilapis dgn aluminium foil. Panaskan minyak. Masukkan donut ke dalam minyak dgn potato masher sekali. Goyangkan potato masher, donut akan terapung dan goreng sampai perang. Bubuh icing atau chocolate megikut rasa. Dihidangkan panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan