Rabu, 4 Jun 2014

DONUT GEBUS

Bahan-bahan
2 Cawan tepung gandum
3 sudu butter
1 1/2 sudu teh yis (mauripan)
1/2 cawan susu cair (suam)
1 biji telur (pukul sket)
3 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam

Masukkan tepung, yis dan butter gaul butter mcm buat pastry..Guna hujung jari sampai jadi mcm bread crumbs. Masukkan garam dan gula. Buat well tengah-tengah tepung kemudian masukkan telur dan susu suam. Gaulkan dengan cara menarik tepung bahagian atas sampai menutup bancuhan cair. Gaul sampai dapat segumpal mcm kat atas. Transfer atas meja dan uli sampai adunan elastik dan tak melekat-lekat.
Sebaik adunan tak melekat terus peram dalam mangkuk dan tutup denagan kain bersih, sebelum tu mangkuk sapu dengan butter sekelilingnya. Bila adunan dan naik kembang.. kluarkan dan uli. Part ni boleh dibentukkan dan peram sekali lagi Hasil peraman kedua naik gebus mengebus. Selepas naik kali kedua ni boleh la digoreng dengan api yang tidak terlampau panas. Kemudian hias dengan cheese, gula, coklat atau apa-apa jer ikut tekak anda. Siap!.

DONUT FROZEN
2
BAHAN-BAHANNYA :
200 ml air suam
2 sudu besar lemak sayur (shortening)
1/2 sudu teh garam
 3 sudu besar susu pekat
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh instat yeast
Sedikit lagi air (tambah jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :
Izan menggunakan bread maker untuk menguli doh.Masukkan bahan-bahan di atas mengikut turutan dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air atau doh sedikit keras, tambah dengan sedikit lagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan. Atau Jika anda menguli adunan mengunakan tangan, campurkan bahan-bahan kering terlebih dahulu kemudian barulah di ikuti dgn susu pekat dan air. Uli sehingga licin dan tidak melekat.Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik.Goreng dalam minyak sederhana panas goreng separuh masak untuk frozen atau boleh juga di goreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas kertas tisu.Gaul donut dengan gula halus atau hias mengikut citarasa anda. Boleh sedia di makan. Untuk frozen pula tunggu sehingga donut sejuk kemudian bolehlah packing di dalam bekas atau plastik yang sesuai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan