Jumaat, 6 Jun 2014

ROTI SARANG LEBAH

Bahan Doh Roti :

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh dry yeast
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan plain yogurt, suhu bilik
1/4cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +- **Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Caranya :

Larutkan yeast & gula dalam air suam dan biarkan berbuih.

Dalam mangkuk adunan, campurkan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.

Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tak lekat di tangan. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.

Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup spt dalam oven/microwave yang TAK di ON ok..

Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnyaSapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.

 Sementara menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).Make sure oven betul-betul panas baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir guna api atas bawah.Time bakar dalam 10-15 minit.Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-
 1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan