Sabtu, 21 Disember 2013

TALAM LAPIS SAGU

Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")
300 gm sago kecil warna putih
60 gm sohoon
100 gm kelapa parut putih
100 ml santan pekat
300 ml air
1 sudu kecil garam.

Cara-Cara:
1.Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
2.Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
3.Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
4.Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.

Lapisan Atas:
Bahan A
200 gm gula melaka
100 gm gula merah
50 gm gula castor
500 ml air
2 helai daun pandan- simpulkan

Bahan B
150 gm tepung gandum
1 sudu besar tpng jagung
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 s/k garam

Cara-caranya:-
1.Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar 2.Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
3.Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)-sentiasalah di kacau guna whisk ya supaya adunan sekata dan tak berketul2.
4.Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan