Sabtu, 21 Disember 2013

KASWI CENDOL

Bahan A- 200 gm gula pasir 150 gm gula melaka-hiris halus 2 helai daun pandan 200 ml air **Bahan2 A di masak bersama hingga mendidih, biarkan suam dan tapiskan. Ketepikan dulu. Bahan B 2 1/2 cawan tepung beras 1 cawan tepung ubi 1/4 cawan tepung jagung 1 sudu kecil garam 700 ml air 200 ml santan pekat KARA 1 sudu besar air kapur Bahan C 500gm cendol- tapis, buangkan airnya, ambil cendolnya je Kelapa parut- putihnya je +sedikit garam Cara-Caranya. Panaskan periuk kukus dan tunggu sehingga air mendidih. Sementara itu kita bancuh adunan kuih. Satukan kesemua bahan2 B dlm mangkuk yg besar. Gaul sebati guna whisk. Masukkan bahan2 A ke dlm adunan B dan gaul sebati. Tapiskan adunan. Masak sebentar/ sehingga naik wap, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau guna whisk. Bila dah hampir pekat, masukkan cendol yg di tapis tadi dan gaul perlahan sehingga rata cendolnya. Tutupkan api. Sementara itu, sapukan minyak di sekeliling loyang 9inci dan alaskan plastik. Sapukan sedikit minyak lagi di plastik tadi. Tuangkan adunan tadi dan ratakan. Kukus selama 30 minit. Bila dah masak, angkat loyang dan sejukkan dulu. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya. Sedap di makan bersama kelapa parut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan