Rabu, 25 Disember 2013

TALAM CENDOL

KUEH TALAM CENDUL Bahan Lapisan Bawah 1 cawan tepung beras 4 s/b gula merah 4 s/b gula pasir 3 cawan air 1 s/k garam Cara 1. Panaskan kukusan. 2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan dlam kuali non stik dan kacau sehingga agak panas. 3. Tuangkan dalam loyang yg telah disapukan sedikit minyak. 4. Kukuskan selama 30 minit. 5. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan ini. Pastikan permukaannya kering. Bahan Lapisan Atas 1 cawan cendul 1 cawan tepung beras 3 s/b tepung jagung secubit garam 3 cawan santan pekat Cara 1. Gaulkan semua bahan kecuali cendul supaya sebati dan rata. 2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan masukkan cendul. 3. Kacau diatas apai perlahan agak2 suam kuku. 3. Tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah yg telah dicakar. 4. Kukuskan lagi 20 minit. 5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan