Rabu, 25 Disember 2013

TALAM KACANG HIJAU

KUEH TALAM KACANG HIJAU Lapisan bawah - 1 cawan kacang hijau[ rebus lembut ] 1 cawan tepung beras 2 s/b tepung jagung 1 cawan gula 3 cawan santan cair + sikit garam pewarna hijau Cara 1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang saiz 8 x 8 inci atau loyang bulat 8 inci. 2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan 3. Masukkan kacang hijau dan kacau rata. 4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit. Lapisan Atas - 1 cawan tepung beras 3 cawan santan pekat 1 s/k garam sikit Cara. 1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2. 2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi. 3. Kukus lagi selama 25 minit. 4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan