Ahad, 15 Disember 2013

LAKSAM KELANTAN

Laksam Kelantan

Bahan laksam:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam

Cara cara:
Satukan tepung beras dan tepung gandum, kemudian tuang air sedikit sedikit sehingga bancuhan sebati. Panaskan periuk pengukus. Panaskan tudung periuk yg nipis/dulang tembaga atau kuali non stick di dalam pengukus. Sapukan sedikit minyak pada tudung terlebih dahulu supaya tidak melekat.

Sendukkan bancuhan, guna senduk dan ratakan di atas tudung tersebut. Pastikan tidak terlalu nipis atau tebal mcm buat penkek/lemping. Kukus sehingga ianya betul betul masak dan menggelembung semua, barulah laksam tak patah semasa digulung. Angkat dan kemudian letak adunan atas tudung periuk lain pula. Ulang sehingga habis. Sapu minyak setiap kali sebelum meletak adunan.

Sejukkan seketika baru digulung supaya kelihatan licin dan cantik. UPDATE: Sila lihat di SINI dan di SINI untuk melihat resepi laksam yang saya rasa lebih lembut dan elok.

Cara Menggulung:
Guna pisau plastik untuk keluarkan adunan dari tepi tudung. Terus ditolak adunan supaya bergulung sekata dan tolak sehingga jatuh ke hujung tudung. Tak perlu dipegang untuk mengelakkan cepat basi. Atau pegang berlapikkan plastik. Mula menggulung dari bahagian yang tebal ke bahagian yang nipis sebab biasanya adunan tak sekata ketebalan semasa dikukus. Gunting nipis nipis sebelum dihidangkan.

BAHAN KUAH
1 kg ikan - rebus ambik isi & kisar 1/2 kg santan pekat 1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair) Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia 2 btg serai - ketuk
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Garam Gula secukup rasa.

CARA:
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

ULAM:
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

SAMBAL:
Cili padi
Cuka
Garam
Gula
CARA:
Kisar kesemua bahan di atas Bahan lain Belacan Garam

Cara Menghidang:
Masukkan laksa/laksam ke dalam pinggan. Sendukkan kuah dan tuang di atas laksam tadi. Letakkan ulam ulaman yang dihiris. Akhir sekali, letakkan sambal. Kalu suka, boleh juga letak belacan atau jika mahu lebih masin, tambahkan sendiri secubit garam sebelum menggaul. Ini cara hidangan di Kelantan, dihidangkan sekali belacan dan garam untuk diambil sendiri semasa makan bagi disesuaikan dengan selera masing masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan