Ahad, 15 Disember 2013

Home made BUMBU BUBUR PEDAS SARAWAK

Bahan-bahan
( anggaran 250gm utk satu hidangan(nanti check lg) )

1 pot kecil beras
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6-7 tangkai cili kering (dibuang biji) 1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1/2 inci lengkuas 1
batang serai (dihiris kecil)
1 sudu mkn lada putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar ketumbar
50 gm kelapa parut rempah
4 sekawan (1 kuntum bunga lawang, 1 kuntum bunga cengkih, 1 btg kulit kayu manis dan 1 biji buah pelaga)

Cara-cara:
Setiap bahan di atas hendaklah digoreng tanpa minyak secara berasingan. Gunakan api perlahan shj dan goreng sampai keperangan(terutamanya beras dan kelapa parut)

Kemudian tumbuk/kisar(dgn pengisar serbuk) bahan2 tersebut sehingga lumat. Satukan semua bahan td dan kacau rata2. Simpan di dlm bekas kedap udara sekiranya ingin menyimpan lama. ***untuk memasak bubur pedas, sila rujuk resepi dayang di www.myresipi.com/top/detail/6477 atau rahman bestari di www.myresipi.com/top/detail/1130 Tag

Bubur Pedas

BAHAN2:
1 bungkus Bumbu Bubur Pedas
300g Daging Lembu / Ayam - potong kecil2
200g Kulit Lembu / Tendon - potong kecil & rebus ehingga lembut
200g Udang (optional)
5 sb Cilli Pes
5 ulas Bwg Merah*
3 ulas Bwg Putih*
1cm Belacan* (* tumbuk)
1" Halia - ketuk
1 mangkuk besar Santan
1 keping Sayur Tahu Kering**
Cendawan Kering**
Kulat Hitam** (** rendam sehingga kembang & potong kecil2)
Sayur Midin***
Putik Jagung***
Kcg Panjang***
Terung***
1 biji Kentang***
Karot***
1-2 helai Daun Kunyit***
Daun Singkel***
Daun Kesum*** (*** hiris halus / potong kecil)
4 sb Minyak
Garam

CARA2:
1. Panaskan minyak & tumis bhn2 tumbuk*, pes cili & halia sehingga wangi.
Masukkan bumbu & kacau sebentar.
Masukkan daging/ayam & masak sehingga empuk.
Masukkan santan & biarkan menggelegak.
Masukkan garam & sayuran yg agak keras - masak sehingga lembut.
Masukkan sayuran yg lain & masak sehingga sebati rasa.

2. Hidangkan untuk di nikmati begitu sahaja ataupun dgn nasi & lauk-pauk lain.

NOTA:
Bumbu Bubur Pedas tu di buat daripada beras yg di goreng dgn rempah dan kemudian di kisar kasar. Ia nya memberi haruman dan perisa yg unik kepada Bubur Pedas dan juga amat mengenyangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan