Isnin, 23 September 2013

CREAM PUFF

Cream Puff
Resepi :Zaliana@myresepi.com Sumber : Tun Telani&Kak Mas
Bahan2 : 125 gm self raising flour
atau
tepung gandum + 2 tsp baking powder 100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Cara 2 :
1.Panaskan oven pada suhu 220 darjah C -jika menggunakan oven

2.Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.

3.Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk

 3.Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya.
Boleh guna mixer hingga adunan licin. Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin. Renjiskan cream puff dengan sedikit air.

4. Panaskan kuali cookline.Bakar,lebih kurang 30 minit. Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan. Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.

5.Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...

Custard Filling Resepi: kak Ida@1001resepi Sumber: Tun Telani

Bahan2:
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara2:
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan