Rabu, 25 September 2013

PERIUK COOKLINE: Nasi Arab Mandy

NASI ARAB MANDY

PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI

* 2 kg tulang lembu/kambing/ayam yang ada daging
* 15 biji buah pelaga
* 15 kuntum bunga cengkih
* 15 biji lada hitam
* 2 biji bunga lawang
* 1 batang kulit kayu manis
* 1 sudu kecil jintan putih
* 1 biji buah pala (diketuk)
* 1sdb rempah MANDY
* 3 helai bay leaves / daun Salam
* 1 inci halia (diketuk)
* 1 ulas bawang putih diketuk
* 2 sdt garam

Cara-cara penyediaan


Rebus ayam/daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang & daging.

PENYEDIAAN NASI
* 3 cawan beras YAMAN/ARAB
* 3 cawan stok tulang
* 2 sdb minyak sapi / mentega / minyak zaitun
* 1 labu bawang besar holland (potong dadu)
* 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
* 4 biji buah pelaga
* 4 kuntum bunga cengkih
* 2 biji bunga lawang
* 2 batang kulit kayu manis
* 5 biji lada hitam
* 1 biji limau kering hitam
* 1 sdb rempah MANDY

Cara-cara penyediaan nasi
1. Tumis rempah ratus dan bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu bawang kekuningan .
2. Masukkan tomato dan rempah MANDY dan masak sehingga layu.
3. Masukkan beras dan goreng sehingga beras berkilat atau air kering.
4. Masukkan stok tulang dan kismis. letakkan limau hitam kering ditengah beras. Kacau seh
ingga sekata dan tutupkan periuk.
5. Selepas 20 minit, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul. Tutupkan periuk.
6. Bila dah masak, bolehla titiskan pewarna kuning pada nasi

PENYEDIAAN SALATAH / SOS
* 2 biji tomato
* 2 cili merah
* sedikit bawang besar
* sedikit daun ketumbar/sup/batang saderi/pudina
* 1sdb jus LEMON
* garam & gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN SALATA / SOS
1. Kisar semua bahan dan masukkan garam, gula dan air perahan lemon.

2.DAGING/ayam PANGGANG
1 kg daging kambing
1 sdb serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sdbSERBUK MANDY( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
1 sdb madu
5 ULAS BAWANG PUTIH DI KETUK
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam Sedikit
2 sdb minyak zaiton untuk menggoreng pewarna kuning/ saffron

Cara penyediaan ayam/daging:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Gorengkan dengan minyak zaiton yang sedikit.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN COOKLINE DALAM MEMASAK NASI ARAB nasi masak sekata dengan kadar masa yang cepat cookline mampu meneutralkan kesan asap arang terhadap nasi original resepi menggunakan periuk tanah liat supaya menyedapkan lagi aroma nasi arab. Cookline mampu memberi kesan original tersebut sebab lapisan cookline menggunakan tanah liat/seramik nasi tidak berminyak nasi tidak berbau minyak sapi sekiranye menggunakan minyak sapi semasa menumis semasa memanggang ayam, tidak perlu menggunakan aluminium foil...rasa ayam lagi enak bila dimasak dalam cookline. Terima Kasih pada Chanteek Beauty Wellness atas perkongsian resepi. Dengan COOKLINE bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah menjadikan masakan anda bertambah sihat dan sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan