Ahad, 29 September 2013

PUDING KARAMEL TANPA TELOR

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Sumber: Lina pg
Bahan-Bahan A
(Gula Hangus) 2 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk
10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3sb tepung kastard
1 sk esen vanilla
Cara-cara :
1.Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.
2.Kemudian ketepikan Satukan semua bahan B.
3.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
4. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.
5.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi
6. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang. Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais

Caramel

Bahan-bahan :
250ml susu cair atau fresh milk 210ml air
5 biji telur
5 sudu besar utk gula hangus
5 sudu gula halus
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara :
*Utk gula hangus-kcau gula atas api sederhana,
*masukan 2-3 sudu air..msak smpai perang,jgn hangus .
*kemudian msukn dlm acuan bulat atau ape2 jnis acuan yg anda nak.biarkn di tmpat lain
*Kacau 3 biji telur dgn gula,jgn smpai berbuih..msukan lg 2 KUNING telur shja,kcau lg..(3+2 kuning tlur=5 bji telur)
* Masukan susu cair,air dan esen vanila..kacau sebati..bila sebati msukan kdlm acuan yg ada karamel td.. boleh dikukus or dibakar scra double boiler slma 30mnt dlm suhu 180c bila msak biarkn sjuk & trbalikn di atas pggan nipis utk mgeluarkn puding.. siap utk dimakan..slmt mncba..

PUDING KARAMEL IDAMAN

resipi :
K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:

4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas
Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:

Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2. Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi. Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila. Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi. Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil. Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam) Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan. Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan. #

puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak. tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath. ## bg yg nak tau kaedah waterbath tu camana boleh tengok kat blog kakwan ni ya..

NASI AYAM PENYET

Bahan-Bahan
Bahan Untuk Ayam :
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
1/2 sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas Bawang putih
1 cm Halia Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng. sedikit tepung beras untuk menyalut ayam

Bahan Untuk Sambal :
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah - ikut kepedasan masing2
10 biji Cili padi
10 biji bawang merah - dihiris
5 biji tomato - dibelah 4
3 biji bawang putih - dihiris
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Kaedah dan Langkah-Langkah
1. Cara Menyediakan Ayam Penyet : 2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
4. Setelah perap semalaman,salutkan ayam dengan tepung beras.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga garing.
6. * simpan air rebusan ayam untuk buat sup,masak nasi * simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu

7. Cara Menyediakan Sambal :
8. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
9. Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan.
10. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
11. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
12. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
13. Masukkan gula merah dan gaul rata.
14. Perasakan dengan garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
15. Cara Menyediakan Sup :
16. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
17. Tambahkan bunga lawang,cengkih,kayu manis serta sup bunjut.
18. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. Hidangan : Hidangan Malam, Hidangan Tengahari Jenis Resepi : Ayam, Nasi Bahan-Bahan : Ayam, Nasi


Jumaat, 27 September 2013

KUALI COOKWARE: APAM BALIK SEDAP

Bila dah pandai buat apam balik ni..tak payahlah lagi beli kat pasar tani atau pun pasar malam...lagi best buat sendiri. Boleh bubuh inti banyak-banyak....kalau nak buat apam balik ni...se elok-eloknya gunakan kuali tak melekat...macam kuali COOKLINE ....barulah lawa sikit kulit dia. Yang empunya resepi ni Ms Oreo...terima kasih ye sudi bagi resepi ni....
Bahan-bahan (boleh dapat 3 keping yang tebal)
Bahan2nya:

1. 2 cawan tepung gandum
2. ½ cawan gula
3. 1 sudu teh soda bicarbonate
4. 1 sudu teh baking powder 5. Sedikit pewarna kuning
6. 1 biji telur
7. 1½ cawan air
8. Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur :
1. Kacang tanah di goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
2. Jagung dalam tin.
3. Gula halus
4. Marjerin

Cara-cara :
Gunakan mixer atau pemukul telor..pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati. Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat .....KUALI COOKLINE..atau non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan. Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan bahan tabur diatas.
Apabila cukup masak, angkat dan lipat dua sebelum di potong. Mudahkan cara membuatnya..cubalah....

Rabu, 25 September 2013

Makaroni bakar cookline

MAKARONI BAKAR ORIGROW By Chanteek Beauty & Wellness Like·Comment Bahan-Bahan 250gm makaroni 6 biji telur 1 biji bawang besar - potong dadu 2 sudu besar rempah kari daging 200gm daging/ayam kisar 2 cawan air 3 SCOOPE tepung susu ORIGROW LOW FAT 3 sudu besar tepung gandum 2 sudu minyak untuk menumis Garam secukup rasa Kiub ayam Topping Mozarella cheese, capsicum, bawang holland Cara-caranya 1. Rebus makaroni hingga kembang, tos dan ketepikan. 2. Menggunakan periuk COOKLINE set B, tumiskan bawang besar hingga layu, masukkan rempah kari. Tumis hingga masak. Setelah rempah kari masak, masukkan daging kisar, biarkan seketika hingga daging masak. Kemudian masukkan air dan susu tepung, garam dan kiub ayam. Kacau hingga kuah mendidih. Tutup api dan biarkan 10-15 minit atau sehingga ia suam. 3. Setelah adunan daging tadi suam, masukkan makaroni yang telah di toskan tadi. Gaulkan hingga sebati. 4. Pukul telur + tepung gandum hingga sebati, kemudian tuangkan ke dalam adunan makaroni tadi. Gaul rata. 5. Taburkan bahan topping diatas makaroni tadi. Tutup periuk dan bakar menggunakan api yang kecil sehingga 20-25 minit. 6. Siap dan boleh dihidangkan. Amat sedap jika dimakan bersama sos cili.

Kek gula hangus cookline

KEK GULA HANGUS COOKLINE By Chanteek Beauty & Wellness
Bahan A
2 cawan gula
2 cawan air suam * hanguskan gula sehingga merah berbuih dan masukkan air
Bahan B
200 ml susu cair
3 sudu besar majerin
* Masukkan keduanya ke dalam Bahan A dan kacau hingga gula cair.
* Biarkan suam. ---sesuam kuku lah lebih kurang
Bahan C
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan soda bikarbonat * Diayak bersama sehingga 3x
Bahan D 8 biji telur gred B Dipukul seperti telur dadar
Cara Membuat
1. Masukkan bahan C dan diikuti bahan D ke dalam bahan A yang telah suam.
2. Kacau supaya bancuhan tidak bergetel dan tapiskan adunan ke dalam periuk set B.
3. Tutupkan Periuk dan letakkan di atas dapur gas dengan menggunakan api yang paling perlahan
4. Selepas 40 minit, padamkan api dan biarkan selama 10 minit
. 5. Siap untuk dihidangkan. August 19 at 8:48am · Report Chanteek Beauty & Wellness likes this.

PERIUK COOKLINE:CAKE CHOC MOIST COOKLINE

BAHAN KEK: *1 1/2butter or 375g *1 1/2 cwn gula castor *1 tin susu cair. *smua cairkan atas api yg kecil. #2cwn tpg #1 cwn coco pdr #1tsp baking pdr #1tsp sod bicarb #Ayak smua 4 kali ye. CARA MEMBUAT: Semua diadun dlm periuk yg sama.x pyh kotorkan bekas.terus jerang Kocak2 aje 4biji telor terus masukkan. Kacau sehingga tiada begental lagi. Terus bakar dgn api yg paling kecil sekali selama 35-40 min Untuk ganach: 250 g cooking coklat --ala yg buat salut london almond tuh. 100ml wheeping cream Double boil choc dulu kmudian dah cair masukkan whip cream

PERIUK COOKLINE: Nasi Arab Mandy

NASI ARAB MANDY

PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI

* 2 kg tulang lembu/kambing/ayam yang ada daging
* 15 biji buah pelaga
* 15 kuntum bunga cengkih
* 15 biji lada hitam
* 2 biji bunga lawang
* 1 batang kulit kayu manis
* 1 sudu kecil jintan putih
* 1 biji buah pala (diketuk)
* 1sdb rempah MANDY
* 3 helai bay leaves / daun Salam
* 1 inci halia (diketuk)
* 1 ulas bawang putih diketuk
* 2 sdt garam

Cara-cara penyediaan


Rebus ayam/daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang & daging.

PENYEDIAAN NASI
* 3 cawan beras YAMAN/ARAB
* 3 cawan stok tulang
* 2 sdb minyak sapi / mentega / minyak zaitun
* 1 labu bawang besar holland (potong dadu)
* 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
* 4 biji buah pelaga
* 4 kuntum bunga cengkih
* 2 biji bunga lawang
* 2 batang kulit kayu manis
* 5 biji lada hitam
* 1 biji limau kering hitam
* 1 sdb rempah MANDY

Cara-cara penyediaan nasi
1. Tumis rempah ratus dan bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu bawang kekuningan .
2. Masukkan tomato dan rempah MANDY dan masak sehingga layu.
3. Masukkan beras dan goreng sehingga beras berkilat atau air kering.
4. Masukkan stok tulang dan kismis. letakkan limau hitam kering ditengah beras. Kacau seh
ingga sekata dan tutupkan periuk.
5. Selepas 20 minit, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul. Tutupkan periuk.
6. Bila dah masak, bolehla titiskan pewarna kuning pada nasi

PENYEDIAAN SALATAH / SOS
* 2 biji tomato
* 2 cili merah
* sedikit bawang besar
* sedikit daun ketumbar/sup/batang saderi/pudina
* 1sdb jus LEMON
* garam & gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN SALATA / SOS
1. Kisar semua bahan dan masukkan garam, gula dan air perahan lemon.

2.DAGING/ayam PANGGANG
1 kg daging kambing
1 sdb serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sdbSERBUK MANDY( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
1 sdb madu
5 ULAS BAWANG PUTIH DI KETUK
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam Sedikit
2 sdb minyak zaiton untuk menggoreng pewarna kuning/ saffron

Cara penyediaan ayam/daging:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Gorengkan dengan minyak zaiton yang sedikit.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN COOKLINE DALAM MEMASAK NASI ARAB nasi masak sekata dengan kadar masa yang cepat cookline mampu meneutralkan kesan asap arang terhadap nasi original resepi menggunakan periuk tanah liat supaya menyedapkan lagi aroma nasi arab. Cookline mampu memberi kesan original tersebut sebab lapisan cookline menggunakan tanah liat/seramik nasi tidak berminyak nasi tidak berbau minyak sapi sekiranye menggunakan minyak sapi semasa menumis semasa memanggang ayam, tidak perlu menggunakan aluminium foil...rasa ayam lagi enak bila dimasak dalam cookline. Terima Kasih pada Chanteek Beauty Wellness atas perkongsian resepi. Dengan COOKLINE bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah menjadikan masakan anda bertambah sihat dan sedap.

Isnin, 23 September 2013

CREAM PUFF

Cream Puff
Resepi :Zaliana@myresepi.com Sumber : Tun Telani&Kak Mas
Bahan2 : 125 gm self raising flour
atau
tepung gandum + 2 tsp baking powder 100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Cara 2 :
1.Panaskan oven pada suhu 220 darjah C -jika menggunakan oven

2.Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.

3.Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk

 3.Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya.
Boleh guna mixer hingga adunan licin. Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin. Renjiskan cream puff dengan sedikit air.

4. Panaskan kuali cookline.Bakar,lebih kurang 30 minit. Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan. Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.

5.Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...

Custard Filling Resepi: kak Ida@1001resepi Sumber: Tun Telani

Bahan2:
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara2:
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

Kaya

Sekaya
1 cwn gula pasir buat caramel
1 cwn air panas
3 biji telor*
1 cwn gula*
* pukul
1 cwn santan pekat
3 sudu tpg jgung

PERUK COOKLINE :NASI MANDY KAMBING

Ahad, 22 September 2013

PERIUK COOKLINE : NASI MANDY AYAM

Bunga CENGKIH

Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka. Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 – 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga. Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm.

BUNGA LAWANG

unga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak. Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.6 Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi). Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.

BUAH PALA/ BIJI PALA


Salah satu ramuan rempah yg digunakan dlm penyediaan nasi 
Arab

PALA Pala adalah sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam dunia perubatan terutamanya dalam perubatan tradisional.Berasal dari keluarga myristicaceae, buah pala yang dikenali dengan nama saintifiknya myristica fragrans, juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Pala juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat, disamping pucuk daunnya yang berkhasiat dimakan sebagai ulam untuk menurunkan tekanan darah tinggi.Bijinya pula digunakan sebagai salah satu ramuan bagi membuat minyak panas untuk mengubati pelbagai penyakit.

BIJI HALBA DAN DAUN HALBA

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah (halba) membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas). Halba atau nama botaninya trigonella foenumgraceum tergolong dalam keluarga fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, ‘halba’, berasal daripada nama bahasa Arab, ‘Hilbeh’ (حلبة). Negara pengeluar halba yang terutama termasuk India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab. Halba memang terkenal sebagai herba perubatan di zaman purba, terutamanya di kalangan masyarakat China, Mesir, Rome dan Yunani. Ahli botani masih tidak dapat memastikan jenis liar Trigonella yang menghasilkan halba tanaman. Bagaimanapun, halba dipercayai ditanam buat pertama kali di Timur Tengah, berdasarkan penemuan yang berikut: * biji halba yang hangus di Tell Halal, Iraq (pentarikhan radiokarbon: 4000 SM); * biji halba yang hangus di kota Lachish (Zaman Gangsa); * biji kering di makam Tutankhamen. Ðikenali juga dengan nama fenugreek (Inggeris), hu lu ba chai (China), keerai (Tamil), dikatakan halba merupakan tumbuhan semulajadi di bahagian Timur Eropah dan Ethopia. Malah halba juga dikatakan telah digunakan semenjak zaman silam sebagai makanan dan ubatan oleh penduduk yang tinggal di persisiran pantai Mediterranean dan Asia. Pokok halba boleh dikenali melalui batangnya yang menegak setinggi kira-kira 30 hingga 60 cm dan berbau kuat. Ðaun halba berbentuk seperti titisan air mata dan tumbuh dalam kumpulan bertiga dari batangnya yang halus. Bunga pokok halba berwarna kuning. Biji halba berwarna kuning kecoklatan dan mengeluarkan bau yang agak pelik. Halba dikenali sebagai saurian berdaun namun bijinya yang banyak digunakan dalam masakan mahupun dijadikan sebagai ubat. Ðaun halba mempunyai bau yang kuat terutamanya jika dimakan mentah. Selalunya daun halba banyak digunakan dalam masakan India, terutama sekali India Utara, di mana daun ini dianggap sebagai bahan istimewa dan dimasak dengan pelbagai cara. Ðaun ini juga dikatakan gandingan sesuai bagi bahan-bahan berkanji seperti gandum dan ubi kentang. Ðaun halba mempunyai perisa saderi, bayam dan mempunyai kepahitan tersendiri yang akan membangkitkan selera makan. Kepahitan daun boleh dihilangkan sedikit dengan mencelur daun halba di dalam air mendidih, kemudian dimasukkan ke dalam air sejuk sebelum digunakan, tetapi sedikit perisanya juga akan hilang. Daun Halba Ðaun rawat masalah penghadaman Ðaun halba mengandungi protein, beta karotena, besi dan zat-zat galian yang lain. Ðaun ini menyejukkan dan dikatakan mampu menaikkan selera makan seseorang jika diambil dengan cara yang betul. Ðaun halba jika ditumbuk halus dikatakan boleh disapu kepada muka kerana ia mampu menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam, muka kering dan kemunculan awal kedutan muka. Jika pes daun ini disapu pada kulit kepala sebelum mandi, dikatakan mampu memanjangkan rambut, mengekalkan warna semula jadi rambut dan menjadikan rambut halus dan lembut. Ðaun halba juga dikatakan mampu digunakan dalam merawat masalah penghadaman dan masalah kembung perut. Air rebusan daun halba pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat kumur bagi masalah ulser mulut. Ðaun halba juga dikatakan mampu membantu pembentukan darah. Ðaun yang telah dimasak dikatakan amat berguna untuk gadis remaja mengelak anemia dan keadaan yang berkaitan dengan masalah pembesaran dan cukup umur. Berikutan dengan kesan yang menyejukkan, daun yang telah ditumbuk boleh ditampalkan pada bahagian yang mengalami bengkak dan kesan terbakar. Teh halba merawat demam Biji halba merupakan sumber yang kaya dari galactomannan polisakarida. Ia juga merupakan sumber saponin diosgenin, yamogenin, gitogenin, tigogenin, dan neotigogens. Unsur bioaktif lain yang terdapat dalam halba termasuk lendir, minyak atsiri, dan alkaloid seperti Kolin dan trigonelina. Biji halba pula dikatakan bersifat melegakan, melawaskan kencing, mengeluarkan angin, menambahkan air susu ibu serta sesuai dijadikan sebagai tonik perangsang dan penaik selera makan. Biji halba dikatakan mampu digunakan untuk merawat kolik, kembung perut, disentri, diarea dan dispepsia di mana semuanya berkaitan dengan masalah dalaman perut. Teh yang dibuat daripada biji halba juga dikatakan amat bernilai dalam mengurangkan demam. Teh halba juga berguna sebagai minuman pencuci dan pelega badan dan ia juga dikatakan mempunyai kelebihan untuk membuang bahan melekit dalam tubuh. Biji halba jika diambil dengan menelannya secara mentah (sekitar 2-3 gram) atau direndam dengan air hangat setiap pagi sebelum memberus gigi atau sebelum meminum teh/kopi dikatakan mampu memberikan kesan terapi dan penyembuhan untuk sakit-sakit sendi, tanpa memberikan efek sampingan. Merawat sakit tekak Ubat kumur yang dihasilkan daripada biji halba dikatakan amat berguna dalam merawat sakit tekak. Apabila menyediakan ubat kumur ini, ia seharusnya lebih pekat daripada teh. Teh ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat untuk menghilangkan bau mulut dan bau badan. Membantu pesakit diabetes Biji halba juga dikatakan mempunyai kesan hipoglisemia yang ringan dan dipercayai mampu membantu pesakit diabetes dengan mengurangkan glukosa serum dan meningkatkan toleransi glukosa. Penggalak pengeluaran susu ibu Biji halba yang telah dihancurkan dan dijadikan seperti kanji dikatakan boleh dimakan oleh ibu yang baru melahirkan anak terutamanya bagi membolehkan mereka meningkatkan pengaliran susu badan. Halba digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa halba adalah stimulator pengeluaran susu ibu dan penggunaannya dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran susu sebanyak 900%. Walaupun terdapat banyak kegunaan biji dan daun halba, namun begitu sebelum menggunakannya hedaklah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

BIJI SAWI HITAM

Biji sawi atau dikenali juga dengan nama mustrad seed merupakan sejenis rempah yang digunakan dalam masakan Melayu dan India seperti acar goreng, sayur kubis goreng dan lain-lain lagi. Biji sawi merupakan biji benih daripada tumbuhan yang dikenali dengan nama mustard. Ciri-ciri biji sawi yang bersifat pedas dan panas menyebabkan ia digunakan sebagai rempah untuk masakan sayur ikan dan daging. Dari segi perubatan pula, biji sawi mempunyai khasitanya yang tersendiri dan boleh menjadi penawar untuk : 01. Memanaskan tubuh badan 02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut 03. Mengeluarkan cacing daripada perut 04. Mengelakkan bengkak limpa 05. Mengikis kudis bernanah 06. Meransang nafsu syahwat 07. Mengelakkan sesak nafas 08. Menambah selera makan 09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa 10. Membersihkan paru-paru 11. Melancarkan pengaliran darah haid 12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat 13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha 14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat 15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak 16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa 17. Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh

PERIUK COOKLINE: Ayam Panggang Lemon


Ayam Panggang Lemon

Bahan:
3 sdm margarin
1 bh bawang bombai cincang halus.
2 cm halia tumbuk halus.
3 btr cengkih
1 batang kayumanis
1 ekor ayam
2 sdm kecap asin
2 sdm madu
1 cawan air.
1 biji lemon, ambil airnya
1 sudu makan garam.
cara

1.Semua bahan diatas dicampurkan dan lumurkan pada ayam luar dan dalam.
Seeloknya diperap 1 jam. 
2.Terus masukkan kedalam periuk 
No. 1 cookline-periuk masak nasi.
3. buka api sederhana dan jerangkan.
4. selepas 30 minit palingkan ayam dan terus memasak selama 20 minit lagi.
5. keluarkan ayam dan ambil lebihan rempah panggang ayam tadi.
6. siapkan sos lemon dan tuangkan keatas ayam


Saus Lemon:
1 sdm margarin
50 g bumbu sisa panggangan ayam
2 sdm sos tomato
¼ sdt serbuk lada hitam
100 ml air

Cara Membuat:
1. bancuh semua bahan kedlm periuk panggang ayam tadi. kecilkan api biar sampai pekat sedikit.
5. Sajikan ayam panggang bersama saus lemon dan pelengkap. 6 porsi 45 menit Tips: - Ayam dan lemon merupakan makanan yang netral bagi pemilik golongan darah O. - Gandum, jagung, kelapa, produk susu sapi, kopi, minuman bersoda, alpukat, dan kentang merupakan jenis makanan yang harus dihindari pemilik golongan darah O.

Khamis, 19 September 2013

DETOX :BEYOND FOOD JUNCTION

Pastikan makanan anda benar-benar bersih, segar dan selamat dengan BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT. BEYOND FOOD JUNCTION adalah satu sistem canggih yang berkuasa menyahtoksik makanan dengan merawatnya menggunakan aliran terkawal molekul ozon. Ia berupaya menjana aliran tetap ozon dan berkesan membersih, meneutralkan, menulenkan dan menyahtoksikkan makanan mentah seperti sayur-sayuran,buah-buahan, daging, makanan laut, serta peralatan dapur, bekas makanan atau minuman, botol susu bayi dan sebagainya. Setiap hari kita cuba mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan pelbagai usaha ke arah kesejahteraan hidup. Kita bersenam ;kita mengamalkan pengambilan pelbagai suplemen kesihatan ; kita menggunakan pelbagai peralatan berteknologi tinggi untuk peningkatan kualiti persekitaran kita. Malangnya, setelah pelbagai usaha diambil, kita masih terdedah kepada risiko kesihatan yang tersembunyi di sebalik bahan makanan yang kita anggap 'semula jadi pasti selamat'! Penggunaan meluas bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai, pengawet atau antibiotik pada sayur-sayuran, buah-buahan dan binatang ternakan merupakan satu ancaman kepada kesihatan kita kerana bahan-bahan ini tidak dapat disingkirkan dengan hanya mencuci dengan air biasa mahupun setelah dimasak.Lazimnya tanpa disedari bahan-bahan pencemar ini akan turut dimakan oleh kita, apabila kita memakan makanan tersebut. Kini para saintis telah menemui satu teknologi canggih yang memanfaatkan gas ozon unuk membantu kita menyelesaikan masalah ini. Adakah makanan anda Selamat dan Menyihatkan.. Bebas dari racun serangga.. racun rumpai, pengawet atau antibiotik??? Sedikit perkongsian ilmu oleh Prof Dr Azhar Md Easa di laman Facebook beliau: Healthfood Zhulian on Friday, February 25, 2011 at 11:04pm Fungsi utama hati ialah untuk menyahtoksin. Hati mengenali berjuta-juta sebatian toksik lalu mentransformasikan sebatian ini kepada bahan lengai sedia untuk dibuang. Setiap proses kehidupan, setiap nafas dan tindakbalas badan menjana toksin tertentu yang perlu dibersihkan oleh hati. Selain toksin badan, hati juga perlu mencuci toksin yang diambil dari rantaian makanan. Toksin ini termasuklah dioksin, racun rumpai, antibiotic, hormon, lemak tepu dan bahan merbahaya lain seperti alkohol, asap rokok, wap cat, kaffeine berlebihan dan sebagainya. Kini, kita terlalu banyak mengambil makanan berasaskan haiwan yang diternak dengan olahan antibiotik dan hormon tumbesaran, dan sayur-sayuran yang disembur racun makhluk perosak. Malahan anak-anak kita pun terdedah kepada bahaya ini memandangkan perubahan diet (lebih daging, kurang sayur, lebih banyak minum susu tidak organik) yang mereka amalkan. Akibatnya, hati manusia moden adalah lebih terdedah kepada pengumpulan toksin rantaian makanan, dan ini mendorong hati bekerja lebih keras. Hati yang bekerja teruk mengalami stres,dan menjana banyak radikal bebas. Ini meningkatkan risiko kerosakan hati. Produk berfungsi seperti B’Young, Royalmix, ISO7 dan ISO5 boleh membantu mengurangkan beban yang dipikul oleh hati kerana produk-produk ini membantu proses nyahtoksin dari badan. Tetapi adalah lebih bijak jika kita juga melakukan detoksifikasi menggunakan Beyond Food Junction (BFJ) sebelum sesuatu makanan bertoksin dimasak. BFJ bukan hanya menyahtoksin secara proaktif, ia juga membunuh kuman pada makanan lalu menurunkan risiko keracunan makanan. KELEBIHAN UNIT BEYOND FOOD JUNCTION INI 1) Menyingkirkan bahan kimia seperti racun perosak, racun rumpai,pengawet dan antibiotik pada makanan 2) Mengekalkan kesegaran buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut dan daging dengan menguraikan bakteria pada makanan tersebut. 3) Merendam peralatan dapur dan pinggan mangkuk yang bersentuhan sisa makanan ke dalam air yang diozonkan akan membunuh kuman Salmonella, E.Coli dan banyak patogen lain. 4) Menggunakan air yang diozonkan untuk membersih muka juga dapat mengurangkan masalah kulit seperti jerawat dan jangkitan demi kulit yang lebih sihat dengan cara menyingkirkan bakteria, kulat dan kuman pada kulit anda. 5) Mandi dengan air yang diozonkan dapat membantu meningkatkan metabolisme kulit anda, melindungi kulit anda daripada jangkitan dan menghilangkan bau busuk serta mengurangkan keletihan anda. PROSES DAGING DI OZONKAN - BUIH YG KELUAR ITU ADALAH LEMAK/HORMON YANG TERDAPAT DI DALAM DAGING TERSEBUT..BUIH ITU TIDAK TERBAKAR IA HANYA BERJELAGA.. LEMAK2 ITULAH YANG MASUK KE DALAM TUBUH KITA..

Apa yang anda lihat dibawah ini adalah yg sebenarnya berlaku. 
Sekiranya anda sayangkan kesihatan marilah kita sama2 jaga kualiti makanan yg kita hendak makan.

untuk tempahan hubungi saya sms 0192515536

PERIUK COOKLINE

DETOX: BEYOND FOOD JUNCTION

PERIUK COOKLINE: MACARONI GORENG...Teknik tak perlu celur

Sangat mudah sekarang dengan adanya periuk cookline. Memasak macroni lebih ringkas dan cepat. Apa yg perlu siapkan semua bahan tumis rasa secukup rasa. Maskkan terus macroni kering. Gaulkan dan tambah air sehingga sama rata dengan macroni yg ditambah tadi. Kecilkan api. Tutup kuali. Biarkan 20 min. Kacau . Tarammmm.....siap dah.  Jimat masa n ringkas. Selamat mencuba.