Jumaat, 27 September 2013

KUALI COOKWARE: APAM BALIK SEDAP

Bila dah pandai buat apam balik ni..tak payahlah lagi beli kat pasar tani atau pun pasar malam...lagi best buat sendiri. Boleh bubuh inti banyak-banyak....kalau nak buat apam balik ni...se elok-eloknya gunakan kuali tak melekat...macam kuali COOKLINE ....barulah lawa sikit kulit dia. Yang empunya resepi ni Ms Oreo...terima kasih ye sudi bagi resepi ni....
Bahan-bahan (boleh dapat 3 keping yang tebal)
Bahan2nya:

1. 2 cawan tepung gandum
2. ½ cawan gula
3. 1 sudu teh soda bicarbonate
4. 1 sudu teh baking powder 5. Sedikit pewarna kuning
6. 1 biji telur
7. 1½ cawan air
8. Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur :
1. Kacang tanah di goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
2. Jagung dalam tin.
3. Gula halus
4. Marjerin

Cara-cara :
Gunakan mixer atau pemukul telor..pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati. Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat .....KUALI COOKLINE..atau non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan. Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan bahan tabur diatas.
Apabila cukup masak, angkat dan lipat dua sebelum di potong. Mudahkan cara membuatnya..cubalah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan