Ahad, 22 September 2013

BIJI HALBA DAN DAUN HALBA

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah (halba) membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas). Halba atau nama botaninya trigonella foenumgraceum tergolong dalam keluarga fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, ‘halba’, berasal daripada nama bahasa Arab, ‘Hilbeh’ (حلبة). Negara pengeluar halba yang terutama termasuk India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab. Halba memang terkenal sebagai herba perubatan di zaman purba, terutamanya di kalangan masyarakat China, Mesir, Rome dan Yunani. Ahli botani masih tidak dapat memastikan jenis liar Trigonella yang menghasilkan halba tanaman. Bagaimanapun, halba dipercayai ditanam buat pertama kali di Timur Tengah, berdasarkan penemuan yang berikut: * biji halba yang hangus di Tell Halal, Iraq (pentarikhan radiokarbon: 4000 SM); * biji halba yang hangus di kota Lachish (Zaman Gangsa); * biji kering di makam Tutankhamen. Ðikenali juga dengan nama fenugreek (Inggeris), hu lu ba chai (China), keerai (Tamil), dikatakan halba merupakan tumbuhan semulajadi di bahagian Timur Eropah dan Ethopia. Malah halba juga dikatakan telah digunakan semenjak zaman silam sebagai makanan dan ubatan oleh penduduk yang tinggal di persisiran pantai Mediterranean dan Asia. Pokok halba boleh dikenali melalui batangnya yang menegak setinggi kira-kira 30 hingga 60 cm dan berbau kuat. Ðaun halba berbentuk seperti titisan air mata dan tumbuh dalam kumpulan bertiga dari batangnya yang halus. Bunga pokok halba berwarna kuning. Biji halba berwarna kuning kecoklatan dan mengeluarkan bau yang agak pelik. Halba dikenali sebagai saurian berdaun namun bijinya yang banyak digunakan dalam masakan mahupun dijadikan sebagai ubat. Ðaun halba mempunyai bau yang kuat terutamanya jika dimakan mentah. Selalunya daun halba banyak digunakan dalam masakan India, terutama sekali India Utara, di mana daun ini dianggap sebagai bahan istimewa dan dimasak dengan pelbagai cara. Ðaun ini juga dikatakan gandingan sesuai bagi bahan-bahan berkanji seperti gandum dan ubi kentang. Ðaun halba mempunyai perisa saderi, bayam dan mempunyai kepahitan tersendiri yang akan membangkitkan selera makan. Kepahitan daun boleh dihilangkan sedikit dengan mencelur daun halba di dalam air mendidih, kemudian dimasukkan ke dalam air sejuk sebelum digunakan, tetapi sedikit perisanya juga akan hilang. Daun Halba Ðaun rawat masalah penghadaman Ðaun halba mengandungi protein, beta karotena, besi dan zat-zat galian yang lain. Ðaun ini menyejukkan dan dikatakan mampu menaikkan selera makan seseorang jika diambil dengan cara yang betul. Ðaun halba jika ditumbuk halus dikatakan boleh disapu kepada muka kerana ia mampu menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam, muka kering dan kemunculan awal kedutan muka. Jika pes daun ini disapu pada kulit kepala sebelum mandi, dikatakan mampu memanjangkan rambut, mengekalkan warna semula jadi rambut dan menjadikan rambut halus dan lembut. Ðaun halba juga dikatakan mampu digunakan dalam merawat masalah penghadaman dan masalah kembung perut. Air rebusan daun halba pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat kumur bagi masalah ulser mulut. Ðaun halba juga dikatakan mampu membantu pembentukan darah. Ðaun yang telah dimasak dikatakan amat berguna untuk gadis remaja mengelak anemia dan keadaan yang berkaitan dengan masalah pembesaran dan cukup umur. Berikutan dengan kesan yang menyejukkan, daun yang telah ditumbuk boleh ditampalkan pada bahagian yang mengalami bengkak dan kesan terbakar. Teh halba merawat demam Biji halba merupakan sumber yang kaya dari galactomannan polisakarida. Ia juga merupakan sumber saponin diosgenin, yamogenin, gitogenin, tigogenin, dan neotigogens. Unsur bioaktif lain yang terdapat dalam halba termasuk lendir, minyak atsiri, dan alkaloid seperti Kolin dan trigonelina. Biji halba pula dikatakan bersifat melegakan, melawaskan kencing, mengeluarkan angin, menambahkan air susu ibu serta sesuai dijadikan sebagai tonik perangsang dan penaik selera makan. Biji halba dikatakan mampu digunakan untuk merawat kolik, kembung perut, disentri, diarea dan dispepsia di mana semuanya berkaitan dengan masalah dalaman perut. Teh yang dibuat daripada biji halba juga dikatakan amat bernilai dalam mengurangkan demam. Teh halba juga berguna sebagai minuman pencuci dan pelega badan dan ia juga dikatakan mempunyai kelebihan untuk membuang bahan melekit dalam tubuh. Biji halba jika diambil dengan menelannya secara mentah (sekitar 2-3 gram) atau direndam dengan air hangat setiap pagi sebelum memberus gigi atau sebelum meminum teh/kopi dikatakan mampu memberikan kesan terapi dan penyembuhan untuk sakit-sakit sendi, tanpa memberikan efek sampingan. Merawat sakit tekak Ubat kumur yang dihasilkan daripada biji halba dikatakan amat berguna dalam merawat sakit tekak. Apabila menyediakan ubat kumur ini, ia seharusnya lebih pekat daripada teh. Teh ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat untuk menghilangkan bau mulut dan bau badan. Membantu pesakit diabetes Biji halba juga dikatakan mempunyai kesan hipoglisemia yang ringan dan dipercayai mampu membantu pesakit diabetes dengan mengurangkan glukosa serum dan meningkatkan toleransi glukosa. Penggalak pengeluaran susu ibu Biji halba yang telah dihancurkan dan dijadikan seperti kanji dikatakan boleh dimakan oleh ibu yang baru melahirkan anak terutamanya bagi membolehkan mereka meningkatkan pengaliran susu badan. Halba digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa halba adalah stimulator pengeluaran susu ibu dan penggunaannya dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran susu sebanyak 900%. Walaupun terdapat banyak kegunaan biji dan daun halba, namun begitu sebelum menggunakannya hedaklah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

2 ulasan:

  1. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    BalasPadam