Ahad, 22 September 2013

BUNGA LAWANG

unga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak. Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.6 Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi). Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan