Rabu, 25 September 2013

Kek gula hangus cookline

KEK GULA HANGUS COOKLINE By Chanteek Beauty & Wellness
Bahan A
2 cawan gula
2 cawan air suam * hanguskan gula sehingga merah berbuih dan masukkan air
Bahan B
200 ml susu cair
3 sudu besar majerin
* Masukkan keduanya ke dalam Bahan A dan kacau hingga gula cair.
* Biarkan suam. ---sesuam kuku lah lebih kurang
Bahan C
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan soda bikarbonat * Diayak bersama sehingga 3x
Bahan D 8 biji telur gred B Dipukul seperti telur dadar
Cara Membuat
1. Masukkan bahan C dan diikuti bahan D ke dalam bahan A yang telah suam.
2. Kacau supaya bancuhan tidak bergetel dan tapiskan adunan ke dalam periuk set B.
3. Tutupkan Periuk dan letakkan di atas dapur gas dengan menggunakan api yang paling perlahan
4. Selepas 40 minit, padamkan api dan biarkan selama 10 minit
. 5. Siap untuk dihidangkan. August 19 at 8:48am · Report Chanteek Beauty & Wellness likes this.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan