Ahad, 13 Oktober 2013

PERIUK COOKLINE:BERIANI JOHOR

BERIANI JOHOR
Kiriman: Mariam Yusof
Sumber: Resipi Temurun Johor Jati Hits: 13757 Rating: 7.92 Review: 1

Bahan-Bahan:
2 ekor ayam potong 20
4 camca besar rempah
2 cawan atau lebih bawang goreng
4 sudu makan tomato puree
3 biji tomato (potong dadu kecil)
1 tin susu cair
½ cawan daun pudina (mesin)
4 batang cili hijau
3 biji bawang Holand cincang
10 biji bawang putih cincang
2 inci halia
Sepokok daun ketumbar (potong 1") Segenggam kismis/biji gajus (goreng)
Sedikit pewarna kuning telor
4 sudu makan minyak sapi
4 sudu makan minyak masak garam secukup rasa 4 sudu makan gula /madu
5 tangkai bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
1 pokok daun saderi dan bawang(untuk tabor)

Cara:
1. Bawang goreng, Bawang kecil, bawang putih,daun pudina,lada hijau,halia di kisar dengan 2 cawan air.
2. Bancuhkan rempah beryani kedalam bahan yang dimesin tadi.
3. Panaskan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk, masukkan kayu manis,cengkeh,lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi.
4. Apabila telah naik baunya, masukkan susu, dan tomato puree. Apabila telah naik baunya keluarkan 1 cawan untuk menumis nasi.

NASI BERIANI
6 cawan/ 1 kg  beras Basmathi / Yamen
5 cawan air 1 cawan susu cair
4sudu makan minyak sapi
1 labu bawang holand ( cincang)
2 biji tomato potong dadu
1 cawan rempah beriani yang telah di tumis.
CARA:
1. Beras dicuci bersih dan direndam 10 minit.Kemudian toskan.
2. Tumis bawang sehingga wangi dan  3. Masukkan beras dan Gorengkan sekepajap beras yang telah ditoskan.
4. Masukkan 1 cawan susu dan 5cawan air dan 1 cawan rempah yang telah ditumis tadi.Garam secukup rasa
5. Apabila nasi kering taburkan serbok saffron. Tutup sekejap.
6. Selepas nasi masak, dibalik-balikkan nasi

Hidangan untuk 15 orang. Nasi yang dihidang ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup/bawang.

1 ulasan: