Khamis, 3 Oktober 2013

MESIN FALCON: Buat Laksa Beras sendiri

Assalamualaikum, Ni nak share cara buat mee laksa. saya dah try 2 kali. Alhamdulillah, mmg senang membuatnya. Di bawah adalah resepi asalnya
Bahan-bahan :
2 cwn tepung beras
2 cwn tepung gandum
Sdkt tepung ubi
Sdkt air panas
Sdkt air sejuk
Cara-cara :
Untuk  buat saya gunakan mesin proses jenama FALCON
1.Tuangkan sdkt air panas ke dlm tpg gandum, tpg beras & tepung ubi. 2.Gaul sebati Kemudian campurkan air sejuk
3.Tekan adunan dlm periuk di atas api yg berisi air mendidih.
4.Acuan yg saya gunakan ialah acuan maruku. Bila dh terapung..maknanya dh msk le tu.Toskan..rendam dlm air sejuk.Toskan.Siap Resepi daripada: http://www.myresipi.com/top/detail/130 Nota (cara saya): - Saya ayak semua tepung ni terlebih dahulu - Saya memasukkan air panas dan gaul sebati (dengan tangan pun boleh) pastikan ia meratai tepung. Kemudian masukkan air sejuk. -Semasa menambah air sejuk, pastikan ia sedikit demi sedikit dan uli hingga boleh jadi doh yang lembut, pastikan doh tu tak melekat kat tapak tanganlah. -masukkan doh ni ke dalam acuan muruku dan pusing pemutar acuan tu hingga keluar juraian doh tu ke dalam air yg sedang mendidih. Biarkan sehingga juraian2 mee ni timbul, angkat dan toskan. Masukkan pula ke dalam besen air sejuk seketika. angkat dan toskan. -cuba buat guna separuh sukatan asal dulu, boleh gak makan untuk dua orang. -cumanya sekarang ni, lepas siap tos tu, ia masih gak ada melekat2 sikit..agaknya time merebus tu nak kena masukkan sikit minyak utk elakkan ia melekat2 mcm merebus homemade mee kuning tu. yang ni saya tak try lagi. tak pe next time Selamat mencuba Lain orang lain citarasanya

6 ulasan:

  1. Sesiapa yg berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang mesin FALCON ini sila hubungi saya 0192515536-mariam

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Where to buy machine LAKSA n how much its cost

    BalasPadam