Khamis, 24 Oktober 2013

AYAM MASAK PADANG

Ayam Masak Padang
resepi : DayangJack@DapurKu
Bahan-bahan :
1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka)
300 ml santan (boleh tambah atau kurang)
100 ml susu cair
garam dan sedikit gula
1 batang serai (diketuk)
2 keping asam gelugur

Bahan-bahan kisar :
6 tangkai cili merah (dibuang biji)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
sedikit kunyit hidup
10 biji cili api

Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar. Masukkan santan dan
sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak. Hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan