Tema masakan pada minggu ini ialah set masakan Cina. Terdapat 5 hidangan yang perlu disediakan iaitu pie tee, crab meat and egg drop soup, nasi putih, beef green pepper dan kubis gulung berinti. Apa yang dapat diperhatikan, menu masakan Cina adalah lebih cenderung menggunakan kaedah merebus, mencelur dan mengukus. Penggunaan bahan-bahan dalam resepi juga lebih ringkas berbanding masakan Melayu dan masakan India yang biasanya akan menggunakan rempah ratus dan santan. Masakan Cina tidak mengandungi banyak minyak. Namun masakan Cina mengandungi banyak bahan perasa. Sekiranya bahan perasa seperti kicap, sos tiram atau stok ayam digunakan, penggunaan garam dalam masakan harus dikurangkan untuk mengelakkan masakan menjadi terlalu masin. Secara keseluruhannya, masakan Cina mudah disediakan dirumah. Bahan-bahan yang digunakan mudah didapati. Walaupun terdapat beberapa masakan yang kurang menjadi, diharapkan kami dapat memperbaikinya apabila mencuba semula. Masakan Cina amat sesuai bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan kerana dimasak dengan menggunakan kaedah mengukus dan banyak menggunakan sayur-sayuran. ***********************************
PIE TEE BAHAN-BAHAN: (KULIT PIE TEE)
40 gm Tepung gandum
50 gm Tepung beras
¾ cawan Air
1 biji Telur
5 gm Garam
10 gm Lada sulah
10 ml Air kapur
250 ml Minyak masak
Gula secukup rasa
(INTI)
5 gm Minyak masak
10 gm Bawang putih – dicincang kasar
300 gm Isi udang – dicincang kasar 200 gm Sengkuang – diparut kasar 100 gm Lobak merah – diparut kasar 100 gm Timun – di parut kasar * Pie tee dihidangkan dengan sos cili thai.
PROSEDUR MEMBUAT KULIT PIE TEE : 1. Ayakkan tepung dan garam, masukkan lada sulah, bahan perasa dan gula.
2. Campurkan telur dan air, gaul sebati. Pukul semuanya sehingga kembang dan berbuih.
3. Peramkan adunan selama 20 minit. 4. Panaskan minyak dalam kuali yang dalam.
5. Rendam calung pie tee dalam minyak yang panas, biarkan lama sedikit supaya calung benar-benar panas.
6. Celupkan calung pie tee dalam adunan separas ¾ dan masukkan kedalam minyak panas seperti membuat kuih goyang atau kuih ros. Biarkan sebentar sehingga adunan agak lekang. Tolak keluar dengan lidi atau garfu.
7. Gorengkan sehingga kekuningan. Buat sehingga habis.
PROSEDUR MEMBUAT INTI :
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang. Goreng sehingga udang masak. Tutup api.
2. Masukkan lobak merah, sengkuang dan timun, gaul rata dan ketepikan. Hidangkan dengan mengiisikan inti ke dalam kulit pie tee dan tuangkan sos ke dalamnya. **********************************
CRAB MEAT AND EGG DROP SOUP BAHAN-BAHAN :
5 gm Minyak masak
50 gm Bawang besar – dicincang
1.5 liter Stok ayam
1 biji Telur
20 gm Tepung jagung
1 ½ sdb Air
200 gm Jejari ketam (crab stick)
5 gm Garam
5 gm Lada sulah
5 gm Daun bawang – dimayang halus untuk hiasan
PROSEDUR PENYEDIAAN :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga terbit bau dan agak kekuningan.
2. Kemudian masukkan stok ayam dan biarkan ianya mendidih.
3. Setelah itu, masukkan isi ketam dan renehkan selama lebih kurang 8 ke 10 minit. Perasakan dengan garam dan lada uslah secukup rasa. 4. Perlahankan api dan masukkan telur sedikit demi sedikit sambil bahan dikacau secara satu arah sahaja.
5. Kemudian masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk melikatkan bahan. ***********************************
BEEF GREEN PEPPER
BAHAN-BAHAN :
300 gm Daging batang pinang – dihiris nipis
200 gm Lada benggala – dipotong memanjang
10 gm Bawang putih
5 gm Halia
5 gm Sos tiram
5 ml Kicap cair
125 ml Air
5 gm Tepung jagung
2 sdb Air
5 gm Gula
3 gm Garam
3 gm Lada sulah
100 gm Minyak masak
PROSUDER PENYEDIAAN :
1. Perapkan daging bersama-sama dengan gula, garam dan lada sulah selama lebih kurang sejam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan daging sebentar dengan api yang besar. Angkat dan asingkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dicincang halus sehingga kekuningan, kemudian masukkan sos tiram dan kicap cair. Kacau rata.
4. Selepas itu, masukkan daging dan lada benggala beserta daging. Kacau rata. Perasakan secukupnya dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkannya. ****************************************
KUBIS GULUNG BERINTI BAHAN-BAHAN :
300 gm Kubis panjang – dicelur dan ditoskan (INTI)
100 gm Isi ayam – dicincang
100 gm Udang – dibuang kulit dan dicincang
10 gm Cendawan cina – direndam dan dihiris
30 gm Bawang besar – dicincang
30 gm Lobak merah – dipotong julienne
5 gm Daun bawang – dihiris
8 gm Celery – dihiris
10 gm Tepung jagung
3 gm Garam
3 gm Lada sulah (SOS)
250 ml Stok ayam
30 gm Bawang besar – dicincang
160 gm Tomato – dicincang halus
10 gm Tepung ubi
12 gm Cili kisar
15 gm Marjerin
3 gm Garam
3 gm Lada sulah
Hiasan : Daun bawang = I helai
PROSUDER PENYEDIAAN :
1. Campurkan semua bahan inti. Gaul rata dan perisakan.
2. Letakkan secukupnya inti diatas daun kubis dan gulung dengan kemas. Ulang pada setiap helaian kubis. Kukus gulungan kubis.
3. Sementara itu,
sediakan sos.
i. Panaskan marjerin. Tumiskan bawang besar dan lada kisar, masukkan stok ayam dan tomato
ii. Apabila mendidih, masukkan tepung ubi kayu yang dilarutkan dengan sedikit air. Sesuaikan rasanya.
iii. Apabila sos pekat, masukkan kubis gulung. Biarkan masak sebentar. Angkat dan hidangkan. ************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan