NASI KERABU KELANTAN Resepi:Azie@Azie Kitchen
Bahan-bahan untuk nasi :
1 genggam penuh bunga telang | rendam dalam air secukupnya
2 1/2 cawan beras
3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)
5 helai daun limau purut | koyak2 sedikit
1 batang serai | titik
Cara:
1.Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
2.Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras.
3. Panaskan 1 sendok minyak dan tumiskan serai dan daun limau purut. Masukkan beras dan air bunga telang bersama kedalam periuk.Kacau rata.
3.Tanak hingga nasi masak.
**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.
KUAH TUMIS:
1 Cawan Santan pekat
7 ulas bawang merah* | (*) kisar
1/2 labu bawang putih*
3 labu bawang besar*
15 tangkai cili kering*
1 cm halia*
1 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu)
Cara:
1.Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.
Masak sehingga pecah minyak.
**Nota Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit.Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat.Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.
SAMBAL KELAPA:
1 ekor ikan kembung | yg telah direbus / bakar dan ambik isi
1/2 biji kelapa | goreng (sangai)
4 ulas bawang merah
2 batang serai Garam Gula
Cara:
1.Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
2.Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
3.Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.
ULAM ULAMAN:
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
Cara:
Hiris halus kesemua ulaman.
SAMBAL CILI:
Cili padi | tumbuk
Cuka Garam
Gula
LAUK PAUK:
(pilihan) Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung Daging bakar daging goreng @ ayam goreng
Keropok @ keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk Atau apa2 aja yang disukai
Cara menghidang:
1.letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
2.Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
3.Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
4.Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan