Sabtu, 5 Oktober 2013

Pau sambal

Bahan-Bahan
350 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung - jenama ikut pilihan sendiri
1/2 biji telur - dipukul manja2
120 ml air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam

Bahan Inti :
sedikit sambal tumis ikan bilis beberapa hirisan timun

Kaedah dan Langkah-Langkah
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga sebati dan lembut selama 10 minit.
2. Kemudian perapkan doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagikan doh pada beberapa bahagian kecil dan bulat-bulatkan, leperkan sedikit adunan di bahagian permukaannya..dan tutup semula dengan plastic wrap, biarkan naik dua kali ganda.
5. Panaskan minyak dalam kuali.
6. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang keemasan , angkat dan toskan.
7. Akhir sekali, belah ditengah-tengah pau,jangan sampai putus dua,
8. Masukkan sambal ikan bilis bersama hirisan timun.
9. Sedia untuk dihidangkan. Hidangan : Minum Petang, Pencuci Mulut Jenis Resepi :Masak Istimewa Follow @resepimudah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan