Bahan-bahan:
2C tepung beras
1/4C tepung ubi (ku guna tepung kanji)
2 1/2C air panas mendidih (betul-betul boiling water) secubit garam acuan laksa/maruku (ku guna acuan biskut je)
sedikit minyak pengukus
Cara:1.
Campurkan tepung beras, tepung ubi dan sedikit garam ke dalam bekas adunan.
2.Tuangkan air panas sedikit demi sedikit, sambil mengacau (dengan sudip) tepung supaya sebati dengan air.
3. Gaulkan tepung dan uli hingga menjadi gumpalan atau berbentuk doh (mungkin melekit-lekit sedikit). Kepalkan tepung menjadi beberapa bahagian sebelum dimasukkan ke dalam acuan (elok lengser acuan dengan bekas pengukus dengan minyak untuk elak melekat). Tekan hingga menjadi bentuk mi hingga habis (ku guna acuan biskut yang jenis berlubang-lubang. Lubangnya pun agak besar jadi laksa pun besar sikit, huhu...) Panaskan air dalam pengukus dan kukus 2-3 minit bergantung kepada jumlah (dan saiz) laksa tersebut (ku kukus rasanya 5 minit, tapi bila rasa macam kurang masak ku sambung rebus dalam air mendidih hingga masak). Keluarkan dari pengukus dan basuh bawah air sejuk supaya tak melekat (step ni sangat penting sebab ku perasan kalau biarkan je laksa akan terus memasak walaupun siap dikukus. Nanti laksa jadi berderai/putus sangat). Bolehlah dihidangkan bersama ulam dan kuah ikan. N/B: orang kata laksa ni nak nampak cantik tak hancur elok dikukus, bukan direbus. Tapi dalam kes ku ni ku buat dua-dua :P
Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Khamis, 3 Oktober 2013
LAKSA BERAS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan