Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Ahad, 27 Oktober 2013
NASI JAGUNG
Nasi Jagung
Sumber: Majalah Saji Oktober 1998
Hits: 1266 Rating: 5.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
2 cawan beras wangi
¼ cawan minyak jagung
½ sudu kecil serbuk buah pala
½ cawan jagung
1 labu bawang besar-dihiris halus 3 ulas bawabg putih-dihiris halus
2 cm halia-dihiris halus
2 ½ cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun ketumbar dan bawang goreng
Cara:
Bersihkan beras dan rendam selama 15 minit. Masukkan minyak dalam kaserol dan panaskan selama 3 minit, tekan HIGH. Masukkan bahan yang telah dihiris, kemudian masak lagi selama 3 minit (HIGH).Keluarkan dan tambahkan serbuk buah pala. Masukkan beras, jagung biji dan 2 1/2 cawan air. Kemudian masak lagi selama 10 minit (HIGH).Penutup hendaklah dibuka sedikit supaya wap tidak melimpah semasa nasi mendidih. Keluarkan dan kacau rata, kemudian masak lagi selama 10 minit (MEDIUM HIGH) dan tutup kaserol. Keluarkan kaserol dan taburkan bawang serta daun ketumbar.
Review
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan