Rabu, 25 Disember 2013

TALAM PISANG

Resepi kuih talam pisang
sumbangan chef norzailina.

Lapisan bwh:-
480g pisang ranum
90g gula pasir
90g tepung gandum
50g tepung beras
garam

Lapisan atas:
450ml santan (1 biji kelapa)
40g tepung beras
30g tepung gandum
1st air kapur garam

Cara:
-lecek pisang hingga hancur.Campur dengan semua bahan lain
-ratakan dalam loyang 20cm yg sudah dilengser ngan minyak
-kukus selama 12-15' atau hingga masak
-sementara tu, campurkan semua bhn lapisan atas hingga sebati
-kacau atas api perlahan hingga naik wap
-tuang atas lapisan bawah
-kukus selama 18-20' atau hingga masak
-biar sejuk sebelum dipotong.

LAPIS ATAS KUIH TALAM

Lapisan Atas - 1 cawan tepung beras 3 cawan santan pekat 1 s/k garam sikit

TALAM KELEDEK

Bahan-bahannya:

- Bahagian Bawah
280gm ubi (ungu,kuning,oren) siap kukus/ rebus -potong dadu
375 ml santan
150 gm tepung beras
1/2 s/k garam

Bahagian Atas
1 1/2 cawan tepung beras / tepung gandum
5 cawan santan pekat
1 s/k pewarna egg yellow
1 s/k garam
250 gm gula Ubi yang sudah dibersihkan siap potong dadu dan rebus/ kukus sehingga lembut. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau diatas api sekejap.tutup api baru masukkan ubi Masukkan adunan dalam loyang yg telah disapukan minyak.Kukuskan selama 20 minit. Campurkan adunan lapisan atas dan tapis.Masakkan SEKEJAP dan tuangkan ke atas bahagian bawah tadi yg telah siap dicakar.Kukus dalam 20 -25 minit.potong ketika kuih tersebut sejuk.

TALAM KACANG HIJAU

KUEH TALAM KACANG HIJAU Lapisan bawah - 1 cawan kacang hijau[ rebus lembut ] 1 cawan tepung beras 2 s/b tepung jagung 1 cawan gula 3 cawan santan cair + sikit garam pewarna hijau Cara 1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang saiz 8 x 8 inci atau loyang bulat 8 inci. 2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan 3. Masukkan kacang hijau dan kacau rata. 4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit. Lapisan Atas - 1 cawan tepung beras 3 cawan santan pekat 1 s/k garam sikit Cara. 1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2. 2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi. 3. Kukus lagi selama 25 minit. 4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

TALAM CENDOL

KUEH TALAM CENDUL Bahan Lapisan Bawah 1 cawan tepung beras 4 s/b gula merah 4 s/b gula pasir 3 cawan air 1 s/k garam Cara 1. Panaskan kukusan. 2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan dlam kuali non stik dan kacau sehingga agak panas. 3. Tuangkan dalam loyang yg telah disapukan sedikit minyak. 4. Kukuskan selama 30 minit. 5. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan ini. Pastikan permukaannya kering. Bahan Lapisan Atas 1 cawan cendul 1 cawan tepung beras 3 s/b tepung jagung secubit garam 3 cawan santan pekat Cara 1. Gaulkan semua bahan kecuali cendul supaya sebati dan rata. 2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan masukkan cendul. 3. Kacau diatas apai perlahan agak2 suam kuku. 3. Tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah yg telah dicakar. 4. Kukuskan lagi 20 minit. 5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan

KACANG TELOR

Membuat Kacang Telur
Bahan  :
• 5 kg kacang tanah tanah
• 2 kg tepung tepung gandum
• ½ kg tepung ubi
• 1 liter minyak goring
• 2 kg gula pasir
• 1kg telur ayam
• 10 bungkus vanili
• ½ ons garam dapur
• Air secukupnya

Cara:
1. Pembuatan adonan

a.Telur, garam halus , gula dan vanili dikocok hingga berbuih, dan bahan tercampur rata.
b. Pencampuran tepung Tepung terigu dan tapioca dicampur hingga rata, pencampuran ini dapat dibantu dengan ayakan halus untuk tepung. 5. Pembalutan awal Ambil sebagian kacang dan masukkan dalam adonan secara merata. Tebarkan campuran tepung terigu dan tapioca diatas tampah. Lalu ambil kacang dari adonan dan tuangkan di atas tebaran tepung. Putar tampah atau hingga tepung lengket dan membalut kacang secara merata. 6. Pengayakan Setelah kacang terbungkus adonan, diangkat dan diayak. Ayaka kemudian digoyang-goyangkan sehingga tepung yang tidak melekat pada kacang akan rontok dan ditampung dalam tampah 7. Pembalutan ulang Agar diperoleh hasil balutan yang rata dan baik, perlu dilakukan pembalutan ulang. Setelah diayak, kacang yang telah terbungkus adonan diproses ulang seperti pada pembalutan awal. Pembalutan dapat dilakukan 2-3 kali sesuai dengan selera kita. 8. Penggorengan Siapkan wajan berisi minyak goring dan panask8an. Setelah minyak cuku anas,masukan adonan kacang sedikit demi sedikit , sambil dibolak-blik dan sampai kacang berwarna kuning kecoklatan. 9. Penirisan Setelah matang, kacang telur diangkat dan ditiriskan, kemudian ditebarkan dalam tampah yang dialasi dengan kertas. 10. Pengemasan Setelah tiris dan dingin kacang telur siap dikemas dengan beratsesuai selera dan ditutup dengan plastik sealer

KACANG SALUT TEPUNG

Kacang Salut Tepung
Resepi: Anna DapurModen
Bahan Binaan :-
1 bungkus kacang tanah @ 500 g
 1 sudu besar jintan manis- di kisar halus
1 sudu besar jintan putih - dikisar halus 1 biji telur secubit garam
2 sudu besar gula (Boleh lebihkan kalau nak manis)
1/4 cawan tepung gandum (Lebihkan kalau adunan masih cair)
 4-5 sdb serbuk kari daging

KACANG RUGGET

Kacang Rugget >> sofinar@myresipi.com
Bahan-bahan ( sebalang )
* 500g kacang tanah
* 1 biji putih telur
* 1.5 inci halia
* 5 ulas bawang putih
* 2 cawan tepung beras
* 2 sudu makan serbuk cili
* 1 cawan air
* 4 biji cili padi -jika suka pedas
* gula dan garam secukupnya

Cara-cara

1. halia, bawang putih dan cili padi di tumbuk
2. pukul putih telur dengan garpu sekejap
3. Campur semua bahan kecuali kacang dan gaul rata
54. Masukkan kacang dan gaul lagi biar sebati
5. Panaskan minyak dan goreng hingga masak, pastikan kerap mengacau supaya kacang terpisah antara satu sama lain

Homemade sugar free lemonade

Homemade Sugar-Free Lemonade (with sweetener options) Ingredients 64 oz (8 cups) water 1/4 cup (equivalent of two lemons) lemon juice (I recommend Dream Foods organic)* 8 scoops (1/4 tsp) pure stevia extract (I recommend NuNaturals), to taste** (you may substitute approximately 1/2 cup of a granulated or liquid sweetener to taste.) Method 1. Pour water into pitcher. 2. Add lemon juice and stevia. 3. If using a granulated sweetener, mix 1/2 cup water and the sweetener in a pot and heat until the sweetener is dissolved. Then, once dissolved, add sweetener and water mix to remaining water. 4. Stir and enjoy! This tastes great chilled with ice cubes. It really refreshed my husband and boys this past week when they were working on our raised beds in 90+ degree heat!

DIY RICE MILK OR MILK SUSTITUTE

Make Your Own Rice Milk or Milk Substitute Ingredients 1 cup cooked rice (I prefer to use brown organic for a more nutritious option. We buy it in bulk to save money.) 4 cups water (filtered, if possible) Dash salt (I recommend RealSalt.) 1 Tablespoon sweetener (or to taste; optional) Additional flavoring (optional; vanilla for vanilla-flavored milk; to taste) Method 1. Place all ingredients in blender. 2. Blend for four minutes in a regular blender, or two minutes in high-speed blender like a Vitamix. 3. Enjoy! Tips: Use less or more rice, depending on how thin or thick you like your rice milk to be. Standard rice milk is thinner than regular cow’s milk. Filtered water is extremely important. You can read my post on Is Your Water Safe? to see more about water quality concerns. Add other flavorings like chocolate too. Makes a great alternative to chocolate milk. If you’ve been thinking about a Vitamix and someone in your family has an allergy to dairy, you won’t believe how much time and money this machine will save you. And clean up is a breeze! Prepare extra rice ahead of time, portion it conveniently (like one cup in each bag) into small plastic bags and secure with a Twixit Clip (you can use any kind of clip, but these clips are amazing. They last basically forever, and have a lifetime guarantee! Good-bye pesky twist-ties!) Just thaw out your rice whenever you need rice milk, and if you have a Vitamix, it can handle the rice frozen.

Home made coconut milk

Do It Yourself – Homemade Coconut Milk Ingredients: 1 cup unsweetened, dried medium shredded coconut 4 cups filtered water (I recommend reverse osmosis) Method: Blend on high speed for at least 2 3 minutes. (Note: I adjusted this time from 2 minutes due to a reader’s comment that the previous 2 minutes left some flakes of coconut. This is much better. 3 minutes is sufficient for a high-powered blender like Vitamix. You will need additional time if using a regular blender. Simply blend until the contents are well mixed and frothy on top.)

Isnin, 23 Disember 2013

BINGKA BERAS NYONYA

BINGKA BERAS NYONYA
Sumber: Kelas Talam Part2 Chef Asma BAHAN2 250gram tepung beras 100gram tepung grean pea 380gram gula halus 1tsp garam 600ml santan pekat-300ml santan kotak+ 300ml santan pekat 1700ml air Cara2 Satukan semua bahan di atas dan tapiskan ke dalam periuk Masak hingga agak pekat sikit Tuangkan ke dalam loyang dan baker pada suhu 170c-180c selama 1 jam 15 minit atau sampai masak( cucuk sikit dgn lidi klu melekat belum masak la maknanya) Sejukkan betul2 baru potong tau dan nampak cantik NOTA: Acuan sapu marjerin dan lapik dgn kertas minyak yg sesuai. Bakar jgn sampai kering kerana akan tertanggal. Apabila masak keluar dr oven dan sapu marjerin permukaannya(jgn sapu ngan butter ya nanti baunya tak sedapdan cantik permukaannya)

Sabtu, 21 Disember 2013

TALAM CENDOL

Lapisan Tengah

Bahan A
200 gm tepung beras*
250 ml santan pekat*
450 ml air*
1 s/b tepung jagung*
150 gm gula caster
1 s/k garam

Bahan B
200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je

Cara-Caranya:-
1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk.
*2.Masukkan bahan lain dibahagian A Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut) Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata. Ketepikan dulu.

Lapisan Atas dan Bawah
Bahan
A 200 gm gula merah
100 gm gula melaka
50 gm gula castor
500 ml air
2 he ai daun pandan-saya tambah, disimpulkan
Bahan:
B 150 gm tepung gandum
1 s/b tpng jagung-
saya tambah 3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 s/k garam

Cara-caranya:-
1.Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar. Tapiskan. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati Masukkan bahan A kedalam B, tapis dan masukkan kedalam periuk Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja) Bahagikan pada 2 bahagian utk lapisan atas dan bawah. Cara Melapis Kuih. Didihkan air di kukusan. Sapukan loyang 10x10x2 inci dngn sedikit minyak dan lapikkan dngn plastik. Tuang adunan bawah dan kukus selama 15 minit. Setelah siap, cakar2kan dngn garfu permukaannya dan tuang adunan cendol dan ratakan. Sebelum tuang, pastikan tiada air di permukaan kuih. Sekiranya ada, sendengkan loyang dan lapkan guna kitchen towel barulah tuang adunan dan kukus selama 15 minit lagi. Setelah siap, tuangkan adunan atas dan kukus lagi selama 20 minit. Sebelum tu kelar2kan sikit permukaan kuih dan pastikan tiada air di permukaannya. Setelah siap, angkat dan sejukkan. Bila dah betul2 sejuk, barulah potong gunakan pisau plastik.

TALAM SINAR PERSONA

Lapisan Tengah - Guna Loyang 10x10x2 @3 1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus 1 1/2 cawan tepung beras* 2 sudu besar rata tepung jagung* 1 cawan santan pekat* 2 cawan air* 1/2 cawan gula castor* 1/2 sudu kecil garam* Cara- Caranya Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api. Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata. Ketepikan dulu. Lapisan Atas dan Bawah. 1 1/4 cawan tepung gandum 2 sudu besar rata tepung jagung 1 cawan gula halus 3 biji telur 1 cawan santan pekat 2 cawan air 1/2 sudu kecil garam pewarna hijau dan perisa pandan pewarna coklat dan coklat emulco Cara- Caranya Bancuh semua bahan, kecuali perisa dan pewarna. Tapis semua bahan ke dlm periuk & masak hingga naik wap. Hendaklah sentiasa di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan, manakala satu bahagian lagi letak pewarna coklat/ coklat emulco. Gaul sebati. Ketepikan. Cara Melapis dan Memasak Kuih. Panaskan kukusan. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu rata sekeliling loyang dngn sedikit minyak. Tuangkan adunan hijau dan kukus dlm 10 minit. Cakar2kan sedikit permukaannya dan tuangkan adunan tengah dan kukus selama 15 minit. Tuangkan pula adunan coklat dan kukus selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik. ** Pastikan setiap lapisan tidak terdapat air di permukaannya. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan airnya guna sudu/ kitchen towel, barulah tuang adunan seterusnya dan kukus spt masa yg di kehendaki. Ini bagi mengelakkan kuih lembik dan tak cantik setiap lapisan. Selamat Mencuba.

KASWI CENDOL

Bahan A- 200 gm gula pasir 150 gm gula melaka-hiris halus 2 helai daun pandan 200 ml air **Bahan2 A di masak bersama hingga mendidih, biarkan suam dan tapiskan. Ketepikan dulu. Bahan B 2 1/2 cawan tepung beras 1 cawan tepung ubi 1/4 cawan tepung jagung 1 sudu kecil garam 700 ml air 200 ml santan pekat KARA 1 sudu besar air kapur Bahan C 500gm cendol- tapis, buangkan airnya, ambil cendolnya je Kelapa parut- putihnya je +sedikit garam Cara-Caranya. Panaskan periuk kukus dan tunggu sehingga air mendidih. Sementara itu kita bancuh adunan kuih. Satukan kesemua bahan2 B dlm mangkuk yg besar. Gaul sebati guna whisk. Masukkan bahan2 A ke dlm adunan B dan gaul sebati. Tapiskan adunan. Masak sebentar/ sehingga naik wap, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau guna whisk. Bila dah hampir pekat, masukkan cendol yg di tapis tadi dan gaul perlahan sehingga rata cendolnya. Tutupkan api. Sementara itu, sapukan minyak di sekeliling loyang 9inci dan alaskan plastik. Sapukan sedikit minyak lagi di plastik tadi. Tuangkan adunan tadi dan ratakan. Kukus selama 30 minit. Bila dah masak, angkat loyang dan sejukkan dulu. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya. Sedap di makan bersama kelapa parut.

TALAM LAPIS CARIBBEAN

Bahan-Bahan-(loyang 10x10x3inci) Lapisan bawah :
(A) 200 gm tepung beras
1 sudu besar tepung jagung-Yatie tambah
100 gm gula kastor
1/2 sudu kecil garam
200 ml santan pekat- santan kara 600 ml air

(B) 250 gm pisang nangka - kukus dan potong kiub

Cara- Cara
Panaskan kukusan. Sapu sedikit minyak di sekeliling loyang dan alaskan plastik. Sapu rata minyak lagi. Sementara itu, buat adunan utk lapisan bawah. Satukan semua bahan A kecuali pisang nangka.Masak hingga naik wap dlm 3 minit guna api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau guna whisk. Masukkan pisang nangka dan kacau rata. Masukkan kedalam loyang dan kukus selama 20minit.

Lapisan Tengah:
70 gm tepung gandum
100 gm gula kastor
1/2 sudu kecil garam
2 biji telor
300 ml air
100 ml santan pekat-santan kara pewarna pink
sedikit esen pisang

Cara :
Satukan semua bahan dan tapis ke dlm periuk. Masak hingga naik wap dlm 3 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang atas lapisan bawah dan kukus selama 20min. Apabila kuih masak, cakar sedikit permukaannya guna garfu, barulah tuang adunan atas. Pastikan tiada takungan air di permukaannya sblm tuang adunan.

Lapisan Atas :
50 gm tepung kastard
100 gm gula halus
1/4 sudu kecil garam
sikit esen vanilla
2 biji telor- Yatie guna 1 biji je
100 ml santan pekat-santan kara 300 ml air.
pewarna kuning-jika perlu

Caranya
Satukan kesemua bahan lapisan atas dan gaul sebati. Tapiskan adunan kedlm periuk dan masak hingga naik wap, sentiasalah di kacau guna whisk. Masak jngn terlalu pekat dan jangan terlalu cair, sederhana pekat je. Tuang adunan ke atas lapisan tengah. Pastika tiada air di permukaannya sblm menuang adunan. Kukus lagi selama 25 minit. Bila dah masak, angkat dan sejukkan lebih kurang 3-4 jam. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah cantik dipotong guna pisau plastik.

TALAM VANILA COKLAT

Bahan-Bahan- loyang 10x10x3 inci Lapisan Bawah 1 1/2 cwn tepung beras 1/4 cwn tepung jagung 1/2 cwn tepung kastard 1 cwn gula 1 cawan santan pekat 2 1/2 cawan air 2 biji telur-pukul sikit 1 sudu kecil esen vanilla secubit garam Cara Menyediakan Lapisan Bawah Satukan kesemua jenis tepung dlm mangkuk. Masukkan sedikit garam, gula, telur dan santan. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api sederhana sehingga naik wap. Sentiasalah di kacau guna whisk supaya tak berketul2. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit. ** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..) Bahan Utk Lapisan Atas 1 cwn santan pekat 2 cwn air 1 cwn tepung gandum 1/4 cwn tepung jagung 3 biji telur 1 cwn gula pasir secubit garam 1 sudu besar serbuk koko- bancuh dngn 4 sudu besar air suam 1 sudu kecil coklat emulco Cara Menyediakan Lapisan Atas Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk kecuali coklat emulco dan serbuk koko.. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan coklat ke atas lapisan vanilla tadi dan kukus selama 20 minit. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..) Tips. ** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna kitchen towel. ** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong. ** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

TALAM LAPIS SAGU

Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")
300 gm sago kecil warna putih
60 gm sohoon
100 gm kelapa parut putih
100 ml santan pekat
300 ml air
1 sudu kecil garam.

Cara-Cara:
1.Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
2.Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
3.Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
4.Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.

Lapisan Atas:
Bahan A
200 gm gula melaka
100 gm gula merah
50 gm gula castor
500 ml air
2 helai daun pandan- simpulkan

Bahan B
150 gm tepung gandum
1 sudu besar tpng jagung
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 s/k garam

Cara-caranya:-
1.Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar 2.Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
3.Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)-sentiasalah di kacau guna whisk ya supaya adunan sekata dan tak berketul2.
4.Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Kek Apple

Bahan-Bahan-
(loyang 8 inci)
500g Buah Epal (Green/Fuji) - kupas kulit, buah tengah, cincang 1cm kiub 150-200g Gula Perang
3 biji Telur (Gred A)
1 cwn Minyak
1 sudu teh Parutan Kulit lemon 200gm Tepung Naik Sendiri
1/3 sudu teh Serbuk Kayu Manis

Cara-Cara
Letakkan gula, telur dan minyak ke dlm mangkuk, pukul sehingga pekat. Campurkan parutan kulit limau. Ayakkan tepung dan serbuk kayumanis ke dlm adunan dan kacau rata. Gaulkan epal sehingga rata . Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan dan bakar 170C selama 45-50minit atau sehingga masak. Biarkan kek betul2 sejuk, barulah di potong.

SOTO MADURA

Bahan-bahan :
*1 ekor ayam – dipotong 4
*1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
*2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah.. *4 cwn air atau secukupnya
*3 batang serai – dititik
*1 btng kayu manis 
*1 kuntum bunga lawang Garam dan sedikit gula

Bahan di Kisar:
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 labu bwng besar
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus

Lain2 bahan yang diperlukan : sambal kicap
Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Nasi impit secukupnya

Cara Penyediaan.
1.Ayam 3 keping tu di rebus hingga separuh masak bersama 3 cwn air. Manakala selebihnya di cincang kecil utk di masak bersama kuah soto nanti.
2. Ayam yg telah di rebus tadi, angkat dan toskan. Lumurkan dngn sedikit garam dan kunyit serbuk. Goreng hingga masak. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura nnti, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.

3.Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat. Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil. Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa.

4.Masak hingga mendidih. Masukkan juga air rebusan ayam tadi ya. Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana. Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api. *** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah/di celur. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan.

Bahan : ( Saiz: 8" persegi ) 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar 750ml Air 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula 1 tin @ 400g Susu Cair 3/4 cup Serbuk Milo 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis Cara : Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk. TIPS UNTUK MELAPIS: Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat. Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

TALAM SEKOTENG

Bahan utk Lapisan Bawah (Loyang 10x10x2 @3) 50g sekoteng (rebus & toskan) 150g tepung beras* 250ml santan pekat* 450ml air* 1tbsp Tepung Hoen Kwee (putih)* 150g gula castor* 1tsp garam* Cara2nya Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api. Masukkan sekoteng (yg telah direbus tadi) dan kacau rata. Tuang ke dlm loyang & kukus selama 25 minit. Loyang hendaklah di alas plastik terlebih dahulu dan lenserkan minyak di kelilingnya, barulah tuang adunan dan kukus. Bahan utk Lapisan Atas 150gm tepung gandum 300gm gula halus 3 biji telur 250ml santan pekat 500ml air 1/2 tsp garam 1 ½ tsp perisa rose pewarna pink Cara2nya Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap Tuangkan ke atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit. Setelah siap, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik. **Bagi kelihatan kuih spt saya buat, bahagian adunan lapisan atas tu saya bahagikan pd 2 bahagian. Satu letak warna hijau dan perisa pandan dan satu bahagian lagi letak kaler pink dan perisa ros. Masa nak tuang adunan hijau masak sebentar hingga naik wap, tuang dan kukus 10 minit. Bila dah masak, ambil adunan pink dan masak hingga naik wap dan tuang atas lapisan hijau dan kukus 20 minit. Kalau nak senang buat satu warna je seperti resepi asal. Selamat mencuba...

TALAM LABU MANIS

Bahan-bahan ( loyang 8x8 ) LAPISAN BAWAH :- 300 gm labu yang telah di rebus-toskan dan lecek halus 100 gm tepung Hoen Kwee - putih 1 1/4 cawan santan sederhana pekat (saya guna 100ml santan KARA + air selebihnya) 3/4 cawan gula pasir 1/2 sk garam 1/2 sk pewarna kuning-tak letak pun takpe LAPISAN ATAS ( DADIH ) :- 60 gm tepung Hoen Kwee- putih 2 cawan santan pekat (akak guna 200ml KARA + air) 1/4 sk garam atau secukup rasa Cara-cara Satukan bahan2 lapisan bawah kecuali labu,kacau rata dan masakkan sebentar. Bila dah agak pekat sikit,masukkan labu, kacau rata dan masak di atas api sederhana hingga pekat.(dlm 10 minit) Tuang ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak dan ratakan.Ketepikan. Satukan pula bahan2 dadih atau lapisan atas dan masak hingga adunan pekat dan meletup2 dan matikan api.(masak dlm 5 minit). Masa memasak, sentiasalah di kacau guna whisk ya. Tuang segera adunan dadih di atas lapisan bawah dan ratakan. Biarkan kuih benar2 sejuk dan boleh dipotong ikut selera.

Ahad, 15 Disember 2013

Home made BUMBU BUBUR PEDAS SARAWAK

Bahan-bahan
( anggaran 250gm utk satu hidangan(nanti check lg) )

1 pot kecil beras
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
6-7 tangkai cili kering (dibuang biji) 1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1/2 inci lengkuas 1
batang serai (dihiris kecil)
1 sudu mkn lada putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar ketumbar
50 gm kelapa parut rempah
4 sekawan (1 kuntum bunga lawang, 1 kuntum bunga cengkih, 1 btg kulit kayu manis dan 1 biji buah pelaga)

Cara-cara:
Setiap bahan di atas hendaklah digoreng tanpa minyak secara berasingan. Gunakan api perlahan shj dan goreng sampai keperangan(terutamanya beras dan kelapa parut)

Kemudian tumbuk/kisar(dgn pengisar serbuk) bahan2 tersebut sehingga lumat. Satukan semua bahan td dan kacau rata2. Simpan di dlm bekas kedap udara sekiranya ingin menyimpan lama. ***untuk memasak bubur pedas, sila rujuk resepi dayang di www.myresipi.com/top/detail/6477 atau rahman bestari di www.myresipi.com/top/detail/1130 Tag

Bubur Pedas

BAHAN2:
1 bungkus Bumbu Bubur Pedas
300g Daging Lembu / Ayam - potong kecil2
200g Kulit Lembu / Tendon - potong kecil & rebus ehingga lembut
200g Udang (optional)
5 sb Cilli Pes
5 ulas Bwg Merah*
3 ulas Bwg Putih*
1cm Belacan* (* tumbuk)
1" Halia - ketuk
1 mangkuk besar Santan
1 keping Sayur Tahu Kering**
Cendawan Kering**
Kulat Hitam** (** rendam sehingga kembang & potong kecil2)
Sayur Midin***
Putik Jagung***
Kcg Panjang***
Terung***
1 biji Kentang***
Karot***
1-2 helai Daun Kunyit***
Daun Singkel***
Daun Kesum*** (*** hiris halus / potong kecil)
4 sb Minyak
Garam

CARA2:
1. Panaskan minyak & tumis bhn2 tumbuk*, pes cili & halia sehingga wangi.
Masukkan bumbu & kacau sebentar.
Masukkan daging/ayam & masak sehingga empuk.
Masukkan santan & biarkan menggelegak.
Masukkan garam & sayuran yg agak keras - masak sehingga lembut.
Masukkan sayuran yg lain & masak sehingga sebati rasa.

2. Hidangkan untuk di nikmati begitu sahaja ataupun dgn nasi & lauk-pauk lain.

NOTA:
Bumbu Bubur Pedas tu di buat daripada beras yg di goreng dgn rempah dan kemudian di kisar kasar. Ia nya memberi haruman dan perisa yg unik kepada Bubur Pedas dan juga amat mengenyangkan.

CUCUR UDANG MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instat yeast (mauripan) 1 genggam taugeh, cuci dan toskan kemudian diramas sedikit
10 tangkai kucai, potong kecil
1 biji bawang besar, dihiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
20 ekor udang berkulit keras, saiz sederhana, cuci dan toskan, kemudian lap kering dengan tissue dapur Garam secukup rasa
1 3/4 cawan air (atau lebih sedikit, hampir 2 cawan)

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS CILI :-)
5-6 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*(*dikisar dengan
1/2 cawan air)
1/4 cawan cuka makan
4 sudu makan gula atau secukup rasa
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-) Masukkan tepung, kucai, taugeh, serbuk kunyit dan instat yeast ke dalam satu bekas. Masukkan juga sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh). Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Perap adunan tadi selama 30 minit (bungkus mangkuk berisi adunan dalam plastik bersih untuk mempercepatkan adunan kembang). Panaskan minyak untuk goreng terendam. Panaskan sudip atau senduk sayur (jenis stainless steel) bersaiz sederhana selama 2 minit. Kacau adunan, kemudian cedok dan isikan ke dalam senduk panas tadi hingga hampir penuh, dan lingkarkan seekor udang atasnya. Rendamkan dalam minyak panas hingga cucur udang boleh ditanggalkan dari senduk. Kemudian terbalikkan cucur udang biar bahagian udang berada dibawah. Buat kaedah sama untuk baki adunan dan bahan2. Buat kurang lebih 5 - 6 biji cucur udang sekali buat. Goreng dengan api sederhana sambil dibalik2kan hingga kuning keemasa, angkat dan toskan. Letak atas tissue dapur agar minyak gorengan terserap. Boleh hidangkan bersama sos cili..

UNTUK SOS CILI :-
Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang putih ke dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan pekat. Tuang cuka makan, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkang bersama cucur udang tadi.. Mat Gebu at 4:30 PM

LAKSAM KELANTAN

Laksam Kelantan

Bahan laksam:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam

Cara cara:
Satukan tepung beras dan tepung gandum, kemudian tuang air sedikit sedikit sehingga bancuhan sebati. Panaskan periuk pengukus. Panaskan tudung periuk yg nipis/dulang tembaga atau kuali non stick di dalam pengukus. Sapukan sedikit minyak pada tudung terlebih dahulu supaya tidak melekat.

Sendukkan bancuhan, guna senduk dan ratakan di atas tudung tersebut. Pastikan tidak terlalu nipis atau tebal mcm buat penkek/lemping. Kukus sehingga ianya betul betul masak dan menggelembung semua, barulah laksam tak patah semasa digulung. Angkat dan kemudian letak adunan atas tudung periuk lain pula. Ulang sehingga habis. Sapu minyak setiap kali sebelum meletak adunan.

Sejukkan seketika baru digulung supaya kelihatan licin dan cantik. UPDATE: Sila lihat di SINI dan di SINI untuk melihat resepi laksam yang saya rasa lebih lembut dan elok.

Cara Menggulung:
Guna pisau plastik untuk keluarkan adunan dari tepi tudung. Terus ditolak adunan supaya bergulung sekata dan tolak sehingga jatuh ke hujung tudung. Tak perlu dipegang untuk mengelakkan cepat basi. Atau pegang berlapikkan plastik. Mula menggulung dari bahagian yang tebal ke bahagian yang nipis sebab biasanya adunan tak sekata ketebalan semasa dikukus. Gunting nipis nipis sebelum dihidangkan.

BAHAN KUAH
1 kg ikan - rebus ambik isi & kisar 1/2 kg santan pekat 1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair) Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia 2 btg serai - ketuk
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Garam Gula secukup rasa.

CARA:
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

ULAM:
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

SAMBAL:
Cili padi
Cuka
Garam
Gula
CARA:
Kisar kesemua bahan di atas Bahan lain Belacan Garam

Cara Menghidang:
Masukkan laksa/laksam ke dalam pinggan. Sendukkan kuah dan tuang di atas laksam tadi. Letakkan ulam ulaman yang dihiris. Akhir sekali, letakkan sambal. Kalu suka, boleh juga letak belacan atau jika mahu lebih masin, tambahkan sendiri secubit garam sebelum menggaul. Ini cara hidangan di Kelantan, dihidangkan sekali belacan dan garam untuk diambil sendiri semasa makan bagi disesuaikan dengan selera masing masing.

Rabu, 11 Disember 2013

KUIH ULAT BULU

2 cawan tepung beras pulut
1 cawan keledek unggu*rebus
3/4 cawan air
Sedikit air kapur(1/2 sudu teh)

Adunkan kesemua bahan menjadi adunan seoperti kita membuat buah melaka.
Buat ketulan atau bulatan yang kecil dan masukkan intinya dan ditutup dengan kemas setrusnya di golek pada telapak tangan kita biar menjadi sedikit panjang.
Rebus air dan apabila mendidih bolehlah dimasukkan kuih tadi dan dibiarkan sehingga timbul
Angkat dan toskan dan bolehlah di golek dalam kelapa muda yang telah dicampur dengan sedikit garam(kalau kak dikukus dahulu kelapa tersebut)

inti
Kacang hijau
Gula melaka
Gula
Daun pandan
Sedikit santan
sedikit garam

Rebus kacang hijau bersama daun pandan  hingga empuk.
Apabila airnya hamoir kering masukkan sedikit santan, gula melaka, gula dan garam
Rasanya kemanisannya mengikut citarasa sendiri dan apabila hampir kering bolehlah diangkat dan dikeluarkan dahulu daun pandan dan diblender.  Biar hampir hancur dan disejukkan.

Isnin, 2 Disember 2013

KUIH DANGAI

150 g tepung pulut (1 1/2 cawan ) 150 g kelapa parut putih (1 3/4 cawan )
1/2 sk garam
30 g air
100 g gula melaka*- dihiris halus (atau gula hitam/gula tanjung )
30 g kelapa parut putih*

Cara-cara
1.Gaul 4 bahan pertama hingga rata tapi masih bederai dan dibahagi 2. Gula melaka dan kelapa parut putih* digaul rata dan ketepikan.

2. Dengan mengunakan kuali COOKLINE  isikan dengan 1/2 bahagian adunan tepung tadi,ratakan dan tekan perlahan dan mampat dan bubuh campuran gula melaka dan ratakan.

3. Akhir sekali ratakan pula 1/2 bahagian adunan lagi dan ratakan dan tekan perlahan2.

4. Bakar atas dapur gas api sederhana kecil selama 30 min atau hingga permukaan kuih kelihatan garing.

***Untuk lapisan pertama,selepas dimampatkan, akak bakar sebentar selama 5-7 min(resipi asal tk bakar),baru lapis dgn gula melaka dan lapiskan adunan tepung kedua.. Sejukkan kuih dan potong dan hidangkan...kuih ini lebih mudah dipotong ketika masih hangat sebab masih lembut.

KUIH BAKAR SIHAT

Resepi kuih bakar sihat.  Bagus utk diet.....
2 cwn tepung gandum
3 biji telur
500ml air
3 scoop susu origrow
1 cwn gula
3 sudu besar marjerin
Pewarna hijau
Esen pandan
Bijan

Cara
Blend semua bahan kecuali bijan
Tuangkan semua adunan dlm periuk B
Tabur bijan
Bakar selama 45 minit
* umi x guna santan. Guna susu origrow low fat organik.  Mmg sedap sgt. Dah try susu tepung lain...mcm ade bau skit. Smlm kt cooking show tesco...ramai cust yg try tanye....nape rase lg sedap...so cuba lah ye
Pencipta resepi: urusetia Pn zila

Sabtu, 30 November 2013

PIZZA

Pizza Mudah dan Sedap
Ni resepi paling sempoi.. Senang dan sedap. Hubby and anak2 suka. Resepi nak buat doh yg senang sebb potion yg sedikit. So, kalau tak de pengacau doh pon.. Rileks je la.. Budak2 pon boleh buat ni.. Tak penat pon nak uli.. Kalau nak buat dlm quantiti yg byk, saya cadangkan stick je ngan sukatan tu tapi buat byk kali.. So tak penat nak uli.

Bahan2 utk buat doh
250g gandum
1 sudu butter or margerin
1 sudu gula
1 sudu susu tepung
1 sudu yis segera
Garam secukup rasa
1 sudu shortening
125ml air

cara

Masukkan bahan. Gaul dulu gandum, gula, garam, susu, butter dan yis. Kemudian masukkan air dan uli. Kalau anda ada oven besar, doh tu dpt buat pizza large size.. Boleh la buat sebiji besar terus.. If not, boleh bahagi kepada size yg anda suka. Kalau bahagi 4 jadi personal pizza size.. Saya bahagi dgn 4. Itu pon tak habis semua. Faiz and adik 1 pizza. Me and hubby 2 pizza. 3 pizza je dah cukup. Tutup doh dgn kain lembap dan biar 30 minit. Selepas itu boleh la leperkan doh mengikut ketebalan yg anda suka. Taburkan sedikit tepung supaya tak melekat. Kalau anda tak de pin penggelek pon tak mengapa. Bukan satu alasan. Tekan2 doh dgn hujung jari mengikut bentuk dan ketebalan yg anda suka. That how i do sebelum beli pin penggelek. Kalau suka thin crust, buat nipis2. Pasal tepi pizza, kami tak suka tepi pizza tu.. Kalau mkn kat pizza hut, tepi pizza tu potong, tak mkn. So, kami leperkan flat je.. So tak payah ada tepi pizza.. 

Ahad, 24 November 2013

KELEBIHAN DAN KHASIAT KISMIS

APA ITU KISMIS ? Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu. Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan.

Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.

ii) KANDUNGAN KISMIS
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana 50% adalah fruktosa dan 50% adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot. Oleh itu, kismis adalah lebih baik berbanding buah prune dan aprikot. Kismis juga boleh digunakan sebagai sumber diet ia adalah untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Ini membuktikan bahawa kismis mempunyai isi kandung yang sangat berfaedah untuk digunakan dalam badan kita.

iii) KELEBIHAN KISMIS
Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.

” “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.”

Antara kelebihan kismis yang dikenalpasti:
a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b) Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan
c) Melawaskan pembuangan air besar
d) Melindungi hati
e) Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
f) Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
g) Membantu sebagai penerang hati h) Membantu menguatkan hafalan
i) Membantu menajamkan mata dan minda
j) Membantu memulihkan keletihan saraf
k) Membantu menguatkan daya ingatan
l) Membantu mengurangkan stress m) Membantu merawat penyakit histeria
n) Membantu merawat penyakit gementar
o) Membantu merawat penyakit anemia
p) Membantu merawat masalah sembelit
q) Membantu merawat masalah pelupa
r) Menambah fahaman serta minat belajar
s) Membantu merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. INSYA’ALLAH.

KEK MANGO

Bahan-bahan
200gbutter/minyak jagung (dibiarkn dlm suhu bilik)
200g gula halus
240g tepung gandum 
1 sudu teh baking powder
4 biji telur (suhu bilik)
300g mango (potong dadu)

Cara-cara:
Jika menggunakan periuk COOKLINE.
1. Gunakan periuk B.
2. Cairkan butter. Masukkan tepung gula telor. Kacau sampai rata.
3. Masukkan mango kacau rata.
4. Terus jerang atas dapor dgn api sederhana kecil. Masak 30-40min.

JIKA GUNA OVEN
1.pukul butter sampai kembang. Masukkn gula dan pukul lagi sampai jd seakan putih.
2. dlm mangkuk lain, pukul telur sekejap(mcm nk buat telur dadar). Masukkn dlm (1) sedikit demi sedikit sambil dipukul. dgn menggunakn senduk kayu,
3.masukkn bhn yg diayak dan kacau sambil rata. masukkn mango dan gaul sampai semua bhn sebati. lapik bekas bakar dgn kertas minyak. Masukkn adunan.
4. bakar dlm oven yg telah dipanaskn terlebih dahulu pd suhu 170C selama 40 minit. Cucuk dgn lidi utk pastikn kek benar2 masak. © Copyright 2010 MYRESIPI.COM,

KEK COKLAT EPAL PECAN

Kek Coklat Epal Pecan
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
Atau
1 cawan tepung +1 st baking powder
½ cawan gula kastor
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur (dipukul)
½ cawan minyak masak
2 biji epal (buang kulit dan parut) 1/3 cawan kacang pecan
Cara:
1.Dengan menggunakan periuk Cookline C masukkan semua ramuan kedalam periuk.
2.Kacau hingga sebati.
3. Sudah sedia untuk dijerang.
4. Gunakan api sederana kecil selama 30-35minit.
5. Setelah masak biarkan 10 minit. Apabila sejuk  ayakkan gula aising sebelum dihidangkan.