Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Sabtu, 21 Disember 2013
TALAM SEKOTENG
Bahan utk Lapisan Bawah (Loyang 10x10x2 @3)
50g sekoteng (rebus & toskan)
150g tepung beras*
250ml santan pekat*
450ml air*
1tbsp Tepung Hoen Kwee (putih)*
150g gula castor*
1tsp garam*
Cara2nya
Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api.
Masukkan sekoteng (yg telah direbus tadi) dan kacau rata.
Tuang ke dlm loyang & kukus selama 25 minit.
Loyang hendaklah di alas plastik terlebih dahulu dan lenserkan minyak di kelilingnya, barulah tuang adunan dan kukus.
Bahan utk Lapisan Atas
150gm tepung gandum
300gm gula halus
3 biji telur
250ml santan pekat
500ml air
1/2 tsp garam
1 ½ tsp perisa rose
pewarna pink
Cara2nya
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap
Tuangkan ke atas lapisan bawah.
Kukus selama 30 minit.
Setelah siap, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
**Bagi kelihatan kuih spt saya buat, bahagian adunan lapisan atas tu saya bahagikan pd 2 bahagian. Satu letak warna hijau dan perisa pandan dan satu bahagian lagi letak kaler pink dan perisa ros. Masa nak tuang adunan hijau masak sebentar hingga naik wap, tuang dan kukus 10 minit. Bila dah masak, ambil adunan pink dan masak hingga naik wap dan tuang atas lapisan hijau dan kukus 20 minit. Kalau nak senang buat satu warna je seperti resepi asal. Selamat mencuba...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan