Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Sabtu, 21 Disember 2013
TALAM SINAR PERSONA
Lapisan Tengah - Guna Loyang 10x10x2 @3
1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus
1 1/2 cawan tepung beras*
2 sudu besar rata tepung jagung*
1 cawan santan pekat*
2 cawan air*
1/2 cawan gula castor*
1/2 sudu kecil garam*
Cara- Caranya
Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api.
Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata. Ketepikan dulu.
Lapisan Atas dan Bawah.
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar rata tepung jagung
1 cawan gula halus
3 biji telur
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
pewarna hijau dan perisa pandan
pewarna coklat dan coklat emulco
Cara- Caranya
Bancuh semua bahan, kecuali perisa dan pewarna. Tapis semua bahan ke dlm periuk & masak hingga naik wap. Hendaklah sentiasa di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan, manakala satu bahagian lagi letak pewarna coklat/ coklat emulco. Gaul sebati. Ketepikan.
Cara Melapis dan Memasak Kuih.
Panaskan kukusan. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu rata sekeliling loyang dngn sedikit minyak.
Tuangkan adunan hijau dan kukus dlm 10 minit.
Cakar2kan sedikit permukaannya dan tuangkan adunan tengah dan kukus selama 15 minit.
Tuangkan pula adunan coklat dan kukus selama 20 minit.
Setelah siap, angkat dan biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
** Pastikan setiap lapisan tidak terdapat air di permukaannya. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan airnya guna sudu/ kitchen towel, barulah tuang adunan seterusnya dan kukus spt masa yg di kehendaki. Ini bagi mengelakkan kuih lembik dan tak cantik setiap lapisan. Selamat Mencuba.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan