Rabu, 25 Disember 2013

KACANG RUGGET

Kacang Rugget >> sofinar@myresipi.com
Bahan-bahan ( sebalang )
* 500g kacang tanah
* 1 biji putih telur
* 1.5 inci halia
* 5 ulas bawang putih
* 2 cawan tepung beras
* 2 sudu makan serbuk cili
* 1 cawan air
* 4 biji cili padi -jika suka pedas
* gula dan garam secukupnya

Cara-cara

1. halia, bawang putih dan cili padi di tumbuk
2. pukul putih telur dengan garpu sekejap
3. Campur semua bahan kecuali kacang dan gaul rata
54. Masukkan kacang dan gaul lagi biar sebati
5. Panaskan minyak dan goreng hingga masak, pastikan kerap mengacau supaya kacang terpisah antara satu sama lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan