Sabtu, 21 Disember 2013

TALAM LAPIS CARIBBEAN

Bahan-Bahan-(loyang 10x10x3inci) Lapisan bawah :
(A) 200 gm tepung beras
1 sudu besar tepung jagung-Yatie tambah
100 gm gula kastor
1/2 sudu kecil garam
200 ml santan pekat- santan kara 600 ml air

(B) 250 gm pisang nangka - kukus dan potong kiub

Cara- Cara
Panaskan kukusan. Sapu sedikit minyak di sekeliling loyang dan alaskan plastik. Sapu rata minyak lagi. Sementara itu, buat adunan utk lapisan bawah. Satukan semua bahan A kecuali pisang nangka.Masak hingga naik wap dlm 3 minit guna api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau guna whisk. Masukkan pisang nangka dan kacau rata. Masukkan kedalam loyang dan kukus selama 20minit.

Lapisan Tengah:
70 gm tepung gandum
100 gm gula kastor
1/2 sudu kecil garam
2 biji telor
300 ml air
100 ml santan pekat-santan kara pewarna pink
sedikit esen pisang

Cara :
Satukan semua bahan dan tapis ke dlm periuk. Masak hingga naik wap dlm 3 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang atas lapisan bawah dan kukus selama 20min. Apabila kuih masak, cakar sedikit permukaannya guna garfu, barulah tuang adunan atas. Pastikan tiada takungan air di permukaannya sblm tuang adunan.

Lapisan Atas :
50 gm tepung kastard
100 gm gula halus
1/4 sudu kecil garam
sikit esen vanilla
2 biji telor- Yatie guna 1 biji je
100 ml santan pekat-santan kara 300 ml air.
pewarna kuning-jika perlu

Caranya
Satukan kesemua bahan lapisan atas dan gaul sebati. Tapiskan adunan kedlm periuk dan masak hingga naik wap, sentiasalah di kacau guna whisk. Masak jngn terlalu pekat dan jangan terlalu cair, sederhana pekat je. Tuang adunan ke atas lapisan tengah. Pastika tiada air di permukaannya sblm menuang adunan. Kukus lagi selama 25 minit. Bila dah masak, angkat dan sejukkan lebih kurang 3-4 jam. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah cantik dipotong guna pisau plastik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan