Bersama saya untuk mengetahui teknologi terkini dalam masakan yang dapat menjimatkan masa, tenaga dan gas memasak. Juga saya akan kongsikan resepi-resepi masakan yang saya pernah dan akan cuba! Cookline Malaysia.
Sabtu, 21 Disember 2013
KASWI CENDOL
Bahan A-
200 gm gula pasir
150 gm gula melaka-hiris halus
2 helai daun pandan
200 ml air
**Bahan2 A di masak bersama hingga mendidih, biarkan suam dan tapiskan. Ketepikan dulu.
Bahan B
2 1/2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garam
700 ml air
200 ml santan pekat KARA
1 sudu besar air kapur
Bahan C
500gm cendol- tapis, buangkan airnya, ambil cendolnya je
Kelapa parut- putihnya je +sedikit garam
Cara-Caranya.
Panaskan periuk kukus dan tunggu sehingga air mendidih. Sementara itu kita bancuh adunan kuih.
Satukan kesemua bahan2 B dlm mangkuk yg besar. Gaul sebati guna whisk.
Masukkan bahan2 A ke dlm adunan B dan gaul sebati. Tapiskan adunan.
Masak sebentar/ sehingga naik wap, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau guna whisk.
Bila dah hampir pekat, masukkan cendol yg di tapis tadi dan gaul perlahan sehingga rata cendolnya.
Tutupkan api. Sementara itu, sapukan minyak di sekeliling loyang 9inci dan alaskan plastik. Sapukan sedikit minyak lagi di plastik tadi.
Tuangkan adunan tadi dan ratakan. Kukus selama 30 minit.
Bila dah masak, angkat loyang dan sejukkan dulu. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya. Sedap di makan bersama kelapa parut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan