Rabu, 11 Disember 2013

KUIH ULAT BULU

2 cawan tepung beras pulut
1 cawan keledek unggu*rebus
3/4 cawan air
Sedikit air kapur(1/2 sudu teh)

Adunkan kesemua bahan menjadi adunan seoperti kita membuat buah melaka.
Buat ketulan atau bulatan yang kecil dan masukkan intinya dan ditutup dengan kemas setrusnya di golek pada telapak tangan kita biar menjadi sedikit panjang.
Rebus air dan apabila mendidih bolehlah dimasukkan kuih tadi dan dibiarkan sehingga timbul
Angkat dan toskan dan bolehlah di golek dalam kelapa muda yang telah dicampur dengan sedikit garam(kalau kak dikukus dahulu kelapa tersebut)

inti
Kacang hijau
Gula melaka
Gula
Daun pandan
Sedikit santan
sedikit garam

Rebus kacang hijau bersama daun pandan  hingga empuk.
Apabila airnya hamoir kering masukkan sedikit santan, gula melaka, gula dan garam
Rasanya kemanisannya mengikut citarasa sendiri dan apabila hampir kering bolehlah diangkat dan dikeluarkan dahulu daun pandan dan diblender.  Biar hampir hancur dan disejukkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan