Isnin, 2 Disember 2013

KUIH DANGAI

150 g tepung pulut (1 1/2 cawan ) 150 g kelapa parut putih (1 3/4 cawan )
1/2 sk garam
30 g air
100 g gula melaka*- dihiris halus (atau gula hitam/gula tanjung )
30 g kelapa parut putih*

Cara-cara
1.Gaul 4 bahan pertama hingga rata tapi masih bederai dan dibahagi 2. Gula melaka dan kelapa parut putih* digaul rata dan ketepikan.

2. Dengan mengunakan kuali COOKLINE  isikan dengan 1/2 bahagian adunan tepung tadi,ratakan dan tekan perlahan dan mampat dan bubuh campuran gula melaka dan ratakan.

3. Akhir sekali ratakan pula 1/2 bahagian adunan lagi dan ratakan dan tekan perlahan2.

4. Bakar atas dapur gas api sederhana kecil selama 30 min atau hingga permukaan kuih kelihatan garing.

***Untuk lapisan pertama,selepas dimampatkan, akak bakar sebentar selama 5-7 min(resipi asal tk bakar),baru lapis dgn gula melaka dan lapiskan adunan tepung kedua.. Sejukkan kuih dan potong dan hidangkan...kuih ini lebih mudah dipotong ketika masih hangat sebab masih lembut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan