Sabtu, 21 Disember 2013

TALAM LABU MANIS

Bahan-bahan ( loyang 8x8 ) LAPISAN BAWAH :- 300 gm labu yang telah di rebus-toskan dan lecek halus 100 gm tepung Hoen Kwee - putih 1 1/4 cawan santan sederhana pekat (saya guna 100ml santan KARA + air selebihnya) 3/4 cawan gula pasir 1/2 sk garam 1/2 sk pewarna kuning-tak letak pun takpe LAPISAN ATAS ( DADIH ) :- 60 gm tepung Hoen Kwee- putih 2 cawan santan pekat (akak guna 200ml KARA + air) 1/4 sk garam atau secukup rasa Cara-cara Satukan bahan2 lapisan bawah kecuali labu,kacau rata dan masakkan sebentar. Bila dah agak pekat sikit,masukkan labu, kacau rata dan masak di atas api sederhana hingga pekat.(dlm 10 minit) Tuang ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak dan ratakan.Ketepikan. Satukan pula bahan2 dadih atau lapisan atas dan masak hingga adunan pekat dan meletup2 dan matikan api.(masak dlm 5 minit). Masa memasak, sentiasalah di kacau guna whisk ya. Tuang segera adunan dadih di atas lapisan bawah dan ratakan. Biarkan kuih benar2 sejuk dan boleh dipotong ikut selera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan