Isnin, 11 November 2013

Chicken pie

Himpunan Resepi
Chicken Pie
Bahan-bahan untuk crust nya...

225 gm tepung gandum
115 gm mentega
65 gm shortening @ lemak sayur
60 - 100 ml air
1/4 sudu kecil garam.

Cara membuatnya :
Tepung, shortening dan mentega di gaul dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit cukup hingga adunan telah bersatu. Uli kan hingga sebati dan dibalut dalam plastik dan disimpan dalam peti

Untuk Inti
... 50 gm kentang ( 1 bj kecil...) dipotong dadu direbus
30 gm lobak merah dipotong dadu 200 gm ayam cincang atau dada ayam dipotong kecil
1 bj bawang besar didadu 1 ulas bwg putih dicincang
2 sudu sos tiram
1/2 sudu tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu air
sedikit daun sup/ bawang
4 sudu cream
1 sudu lada hitam

Cara membuat :
Tumiskan bawang hingga wangi + ayam, dan biarkan mesra dalam 1 minit. + sos tiram, kentang dan lobak merah. + 1 cawan air dan biar hingga kentang dan lobak empuk. + cream dan bahan2 lain dan sesuaikan rasanya. Sebelum angkat, masukkan tepung jagung... Pastry yg disimpan dlm peti ais dicanai nipis dan dimasukkan ke dlm bekas pai. Masukkan inti dan tutp dgn lapisan doh diatasnya. Potong lebihan ditepi bekas dan tekan tepinya dgn garpu. Cucuk bhgn atas pai dgn pisai atau garpu dan disapukan kuning telur + sedikit pewarna kuning. Bakar dlm oven suhu 180 C selama 30 minit atau hingga kekuningan. Resepi Bonda at 20:26 Share No comments: Post a Comment ‹ › Home View web version About Me Resepi Bonda Mengabadikan Kenangan Terindah... View my complete profile Powered by Blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan