Isnin, 11 November 2013

Jejari udang

Himpunan Resepi Bonda...
Jejari Udang
Bahan-bahan :

250 gm tepung gandum
2 sudu udang kering atau ikan bilis direndam
2 sudu cili kisar
2 ulas bawang putih ditumbuk halus 1/2 camt jintan manis dan jintan putih ditumbuk
2 biji telur
3 sudu minyak dipanaskan
1 sudu garam
6 helai daun kari dihiris
1/2 - 1 cawan air

Cara membuat :
Panaskan 3 sudu minyak. Lepas panas terus masukkan ke dalam tepung dan digaul rata. Masukkan telur dan bahan lain, ditambah air sedikit sedikit sehingga menjadi doh seperti membuat karipap. Gunakan mesin mee dicanai leper dahulu, mula2 buat no 4, pastu gelek lagi hingga no 1 atau 2 dan menggunakan pemotong mee menjadi jalur panjang dan terus digoreng. Resepi Bonda .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan