Isnin, 11 November 2013

Mee rebus keledek

Himpunan Resepi Bonda... Sunday, 30 June 2013 Mee Rebus Keledek Resepi ulang tayang..., resepi mee rebus yg biasa arwah mak buat.... Bahan-bahan : Sebungkus mee kuning 3 - 4 cawan tauge daun bawang dan sadri 4 keping tauhu digoreng 3 batang lada hijau dipotong 6 biji limau kasturi dibelah 4 biji telur direbus Tepung goreng (resepi kat bawah....) 1/2 kilo tulang 200 gm daging potong nipis 6 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 hiris halia sedikit lengkuas diketuk 2 biji kentang atau keledek direbus dan dimesin halus 2 sudu taucu 2 sudu udang kering dimesin 3 sudu rempah kari daging 3 sudu kacang tanah mesin (kalau suka...) Cara-caranya : 1. Daging dan tulang direbus hingga empuk. 2. Tumiskan bawang dan halia yg dimesin halus dan lengkuas, hingga wangi. 3. Masukkan rempah kari dan dibiar seketika. 4. Masukkan daging dan tulang yg direbus tadi, kentang, taucu, udang kering dan kacang tanah. 5. Tambahkan 1 jag air dan dibiar mereneh hingga kepekatan kuah yg dikehendaki. Sesuaikan rasanya. Tepung goreng : Bahan-bahan Tepung beras serbuk kunyit serbuk kari garam 2 sudu udang kering direndam dan dikisar. Cara membuat : Campurkan semua bahan dan ditambahkan air hingga mendapat adunan seperti tepung goreng pisang dan digoreng hingga garing. Resepi Bonda at 20:54 Share No comments: Post a Comment ‹ › Home View web version About Me Resepi Bonda Mengabadikan Kenangan Terindah... View my complete profile Powered by Blogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan