Sabtu, 30 November 2013

PIZZA

Pizza Mudah dan Sedap
Ni resepi paling sempoi.. Senang dan sedap. Hubby and anak2 suka. Resepi nak buat doh yg senang sebb potion yg sedikit. So, kalau tak de pengacau doh pon.. Rileks je la.. Budak2 pon boleh buat ni.. Tak penat pon nak uli.. Kalau nak buat dlm quantiti yg byk, saya cadangkan stick je ngan sukatan tu tapi buat byk kali.. So tak penat nak uli.

Bahan2 utk buat doh
250g gandum
1 sudu butter or margerin
1 sudu gula
1 sudu susu tepung
1 sudu yis segera
Garam secukup rasa
1 sudu shortening
125ml air

cara

Masukkan bahan. Gaul dulu gandum, gula, garam, susu, butter dan yis. Kemudian masukkan air dan uli. Kalau anda ada oven besar, doh tu dpt buat pizza large size.. Boleh la buat sebiji besar terus.. If not, boleh bahagi kepada size yg anda suka. Kalau bahagi 4 jadi personal pizza size.. Saya bahagi dgn 4. Itu pon tak habis semua. Faiz and adik 1 pizza. Me and hubby 2 pizza. 3 pizza je dah cukup. Tutup doh dgn kain lembap dan biar 30 minit. Selepas itu boleh la leperkan doh mengikut ketebalan yg anda suka. Taburkan sedikit tepung supaya tak melekat. Kalau anda tak de pin penggelek pon tak mengapa. Bukan satu alasan. Tekan2 doh dgn hujung jari mengikut bentuk dan ketebalan yg anda suka. That how i do sebelum beli pin penggelek. Kalau suka thin crust, buat nipis2. Pasal tepi pizza, kami tak suka tepi pizza tu.. Kalau mkn kat pizza hut, tepi pizza tu potong, tak mkn. So, kami leperkan flat je.. So tak payah ada tepi pizza.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan